Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2010

PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.


"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.


Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

Isnin, 4 Januari 2010

Isu guru lebih tak timbul

Oleh SYARIFAH DAYANA SYED BAKRI
dayana@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Isu lebihan guru untuk penempatan di sekolah serta graduan mengambil jurusan bukan mengikut keperluan Kementerian Pelajaran tidak sepatutnya timbul kerana setiap tahun bilangan pelajar ditetapkan.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Prof Datuk Dr Aminah Ayob, berkata UPSI dan Fakulti Pendidikan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan mengadakan perbincangan setiap tahun dengan Kementerian Pelajaran untuk memutuskan bilangan calon guru bagi setiap mata pelajaran sekolah menengah sebelum membuat pengambilan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Bayaran Persekolahan 2010

KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

 
Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Ahad, 3 Januari 2010

PhD di UTM hanya tiga tahun

ARKIB : 02/01/2010

PhD di UTM hanya tiga tahun


Dr. Zaini Ujang beramah mesra dengan mahasiswa luar negara pada Majlis Perjumpaan Khas Naib Canselor Bersama Mahasiswa Pasca Siswazah di UTM, Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 1 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membangunkan satu sistem yang membolehkan penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh tiga tahun.
Naib Canselornya, Prof. Datuk. Ir. Zaini Ujang berkata, kira-kira 80 peratus penuntut PhD UTM ketika ini menghabiskan pengajian dalam tempoh empat tahun.
Beliau berkata, hanya 20 peratus yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tiga tahun.
"Sistem yang diadaptasi daripada sistem pendidikan di Jepun akan diaplikasikan untuk pengambilan 2010/2011.
"Untuk pengambilan 2009/2010, kita tidak akan gunakan sistem ini kerana ia masih dalam peringkat pembangunan, selain melibatkan banyak proses," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada para penuntut pasca siswazah di Dewan Sultan Iskandar di sini hari ini.
Zaini berkata, sistem tersebut adalah salah satu usaha pihaknya menjadikan UTM sebagai universiti pasca siswazah.
Menurutnya, berdasarkan sistem itu, para penuntut akan dipantau secara berkala sehingga mereka menghabiskan pengajian.
"Sistem itu akan membantu para penuntut menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh yang lebih singkat selain menerbitkan tesis yang berkualiti," katanya.
Dalam pada itu, UTM juga akan mengadakan program kursus pengajian jangka pendek musim panas bagi pelajar luar negara pada Mei, Jun dan Julai ini.
Beliau berkata, sebanyak 10 kursus akan ditawarkan kepada kira-kira 500 pelajar luar negara.
Menurutnya, kursus berkenaan akan dinilai mengikut peratusan iaitu 70 peratus peperiksaan manakala 30 peratus kerja lapangan.
"Antara kursus yang ditawarkan adalah kejuruteraan kimia, seni bina Melayu dan kejuruteraan alam sekitar dengan setiap kursus dijangka dihadiri kira-kira 50 hingga 60 penuntut," katanya

Isnin, 28 Disember 2009

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.
“Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.
“Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.
“Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.
“Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik,” jelasnya.
Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

Ahad, 6 Disember 2009

Chin Peng Pengganas


CHIN PENG KETUA PENGGANAS NO. 1

Posted on 27/05/2009


Chin Peng adalah Ketua Pengganas No 1 di Malaysia.  Manusia sial ini sepatutnya ditangkap dan dibicara dan dihukum bunuh di Malaysia kerana jenayah perang yang dilakukan di Malaysia. Tetapi TUHAN  maha kuasa. Si penjenayah perang dan pembunuh sial ini dibiarkan terlepas bebas dan diberikan umur yang panjang untuk menerima kutukan dan sumpahan dari seluruh rakyat Malaysia hingga ke akhir hayat.

Hakikatnya Chin Peng di Malaysia adalah sama dengan Pol Pot di Kemboja. Jenayah perang yang dilakukan oleh pembunuh sial ini telah mengorbankan banyak nyawa. Bukan sahaja ribuan anggota tentera yang terkorban mempertahankan negara dan rakyat jelata yang tidak bersalah telah disembelih dengan kejam, tetapi juga ribuan pengikutnya yang terbunuh dalam perjuangan yang sia-sia. Dan kesemua mereka ini adalah rakyat Malaysia!!!
Chin Peng selayaknya dibiarkan mati keseorangan dan dibakar hidup-hidup ketika sedang nazak seperti apa yang dilakukan oleh Kemboja kepada Pol Pot. Bukan sahaja jasad, tapi abu mayat Chin Peng pun tidak layak dikembalikan ke Malaysia. Mayatnya lebih layak dibuang ke laut menjadi habuan jerung. Kalau jasadnya dibakar abu mayatnya lebih layak dibuang ke dalam lubang tandas di mana sahaja tetapi bukan di Malaysia.




1. Seluruh rakyat Malaysia tersentak apabila tiba-tiba Pengerusi Gerakan Pulau Pinang membuat cadangan yang AMAT-AMAT MERBAHAYA  supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang. Yang peliknya cadangan ini datang dari orang yang mempunyai gelaran “Dr” dipangkal namanya. Tak tahulah pulak dia ni doktor biasa yang merawat manusia, atau doktor haiwan atau doktor Phd.

2. Sepatutnya seorang “Dr” mempunyai tahap pemikiran dan pendidikan yang tinggi. Seorang Dr tidak sepatutnya mengeluarkan cadangan BANGANG yang akan mengguris hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia. Jadi bolehlah kita panggil dia ni DR BANGANG.


3. Apa tujuan cadangan DR BANGANG ini? Supaya rakyat Malaysia menerima keganasan penjenayah perang bernama Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan? Supaya rakyat Malaysia menerima perjuangan PKM yang telah menyembelih ribuan rakyat Malaysia sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan?

4. Apakah tujuan DR BANGANG ini kerana ingin mencari populariti untuk mendapat sokongan politik dikalangan kaum Cina? Lebih-lebih lagi Gerakan semakin tidak mendapat tempat dan ditolak kaum Cina di Pulau Pinang!


5. DR BANGANG ini cuba mengangkat sejarah perjuangan pengganas Chin Peng bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menentang Jepun sebagai perjuangan kemerdekaan.

6. Bagaimana pula sejarah keganasan rejim Chin Peng menyembelih rakyat Malaysia yang tidak menyokong perjuangan beliau selepas Jepun berundur?

7. Bagaimana pula sejarah rejim pengganas Chin Peng yang membakar kampung-kampung, balai-balai polis, bangunan-bangunan awam, kedai-kedai, pengangkutan awam dan banyak lagi semata-mata ingin memaksa rakyat Malaysia menyokong perjuangan bersenjata mereka?

8. Bagaimana pula sejarah keganasan rejim Chin Peng yang mencetuskan huru-hara, menggerakkan gerakan subversif bawah tanah, mendalangi mogok-mogok dan tunjuk perasaan besar-besaran hingga ramai yang merana dan terkorban?

9. Apa pula alasan yang wajar yang boleh diberikan kepada pejuang-pejuang dikalangan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan yang telah menjadi OKU disebabkan keganasan rejim Chin Peng.

10. Apa pula alasan yang hendak diperkatakan kepada ahli keluarga dan sahabat PEJUANG NEGARA yang telah gugur di medan perang mempertahankan Malaysia dari serangan rejim Chin Peng.


11. Apa pula alasan yang hendak diberikan kepada mangsa dan ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Chin Peng dan mengalami trauma sepanjang hayat!!!

12. Sepatutnya 1 muzium khas sejarah keganasan rejim Chin Peng dan PKM dibangunkan untuk memberikan penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia seperti yang dilakukan di Kemboja. Gambar-gambar keganasan dan replika-replika tengkorak mangsa keganasan dan penyiksaan rejim Chin Peng dipamerkan untuk kesedaran semua rakyat Malaysia.

13. Semua sylibus pelajaran sejarah di semua peringkat sekolah dan universiti mesti memasukkan sejarah keganasan jenayah perang Chin Peng dan kesan buruk kepada keamanan dan pembangunan negara.


14. Lebih banyak dokumentari dan rencana keganasan jenayah perang Chin Peng disiarkan di semua media cetak dan elektonik. Buku-buku,  jurnal-jurnal, gambar-gambar, filem-filem cereka mesti terus diterbitan bagi menerangkan keganasan Chin Peng untuk memberikan penerangan dan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia!


15. Pahlawan Negara KANANG ANAK LANGKAU mencadangkan DR BANGANG dibuang negeri. Sepatutnya DR BANGANG ini dibuang negara terus!!!



Sumber:http://pembelamelayu2009.wordpress.com/2009/05/27/chin-peng-ketua-pengganas-no-1/

Isnin, 23 November 2009

Bahaya Hujah Dibayar Darah


- Abdullah al-Harari

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.
Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.
Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.
Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran ‘Ahbash’. Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.
Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:
“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).
Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut:
“Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.
Timbalan Presiden The European Council for Fatwa and Research (ECFR), al-Syeikh Faisal Maulawi menyebut:
“al-Ahbash atau (Jam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fekah yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syeikh mereka. Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah”.
Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut: “Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.”
Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.
Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir. Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif” Banyak lagi fatwa para ulama mengenai kemelampauan puak Ahbash ini.
Antara perkara yang menakutkan yang digunakan oleh puak Ahbash ini, selain dari maki-hamun, cerca, fitnah dan serangan peribadi, mereka juga menggunakan pendekatan menghalalkan darah orang yang mereka musuhi.
Sebab itu di Lebanon, sebelum ini mereka begitu bermaharaja lela sehinggalah mereka dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Rafiq Hariri. Ini apabila ‘Ulil Amri’ yang dirasakan sudah tidak dapat berkerjasama dengan mereka. Sebelum itu mereka juga mengkafirkan bekas Mufti Lebanon Hasan Khalid dan membunuhnya. Mereka menulis di dinding-dinding di Lebanon: “Katakan tidak kepada Hassan Khalid yang kafir”.
Menjadi tabiat Puak Ahbash ini suka memfitnah mengada-adakan cerita bohong dan mempersendakan gambar dan mengubah fakta. Di Malaysia, kelompok Ahbash ini ada mempunyai blog-blog mereka yang tersendiri. Pembaca boleh layari untuk melihat gelagat mereka. Mereka memenuhinya dengan maki hamun, menokok tambah gambar-gambar orang yang mereka tidak suka dan membuat berbagai pembohongan fakta yang lain.
Juga antara pendekatan yang digunakan Ahbash ialah mendampingi pihak yang berkuasa untuk menentang dan memfitnah tokoh-tokoh yang mereka tidak suka. The Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA) menyebut bagaimana pengasas mereka Abdullah Harari berpakat menghasut pihak berkuasa Habshah sehingga menyebabkan pengetua Pusat Tahfiz al-Quran di sana di penjarakan selama 23 tahun. (http://www.amjaonline.com/ar) Pendekatan menggunakan pihak berkuasa dan mendampingi pemerintah dengan menyebarkan racun fitnah, cerca, mengkafir merupakan jalan yang dipilih oleh Ahbash di negara-negara yang mereka cuba bertapak.
Ahbash masuk ke negara kita melalui mereka yang belajar di Lebanon dan terpengaruh dengan aliran ini. Ahbash juga telah membelanjakan wang dengan menjemput tokoh-tokoh agama Malaysia ke tempat mereka serta dibekalkan buku-buku mereka. Maka sindrom ahbash ini mula merebak dengan aktif dalam masyarakat ini apabila kelompok ‘ahbash’ mendapat tempat dalam sesetengah pihak berkuasa agama dan ruang kuliah dan ceramah di masjid dan surau.
Apabila melihat kegusaran sesetengah pihak dengan gerakan pembaharuan minda agama di negara kita, kelompok ini cuba mendapatkan tempat dengan cara menjadi ‘wira’ untuk membantu sesetengah pihak yang merasa terancam.
Mereka menyalurkan bahan dan pemikiran mereka yang dikenali sebagai pemikiran mengkafirkan tokoh-tokoh ulama dan mana-mana pihak yang dianggap berbeza dengan mereka. Maka kebelakangan ini dalam media massa, seminar, masjid, surau dan selainnya kedengaran isu mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab, isu wahhabi, isu Ahlus Sunnah, isu tidak terikat mazhab al-Syafi’i dan berbagai lagi.
Bukan isu-isu ini tidak wujud sebelum ini, tetapi Ahbash berjaya menyemarakkan api permusuhan dan kebencian dengan lebih dahsyat. Isu-isu ini diulas bagaikan perang jihad mesti dilakukan untuk menghapuskan sesiapa yang berbeza. Racun awal Ahbash mula menyerap. Maki hamun kedengaran di masjid dan surau.
Malangnya mereka ini mendapat ‘lesen’ bercakap. Menfitnah, menyesat dan mengkafirkan mula dijadikan senjata. Ia amat menakutkan. Ini akan menghalang kemajuan pemikiran, lebih buruk lagi ia boleh mengundang perbalahan sengit sesama muslim.

- Watan
Sebab itu Akhbar al-Watan ketika melaporkan kematian pengasas Ahbash itu menyebut:
“Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harari, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lebanon ketika umurnya 98 tahun…Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lebanon pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam.” (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan).
Cuma yang agak menarik, dalam laman web YADIM pada hari kematian al-Harari menamakannya “Pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah yang sejati”. Ini amat membimbangkan saya. Saya rasa pembaca juga demikian. Saya takut racun itu benar-benar telah memasuki masyarakat kita.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Chin Peng, Pengganas atau pahlawan?


Chin Peng ialah Pengganas dan Pembunuh. Sesiapa yang menerima Cin Peng membawa maksud mereka menerima pengganas dan pembunuh. Oleh itu, mereka juga boleh dikenakan tindakan seperti Chin Peng.

Sedarlah bahawa Malaysia bukan untuk manusia seperti Chin Peng yang telah membunuh rakyat Malaysia bukan hanya Melayu tetapi juga Cina.