Memaparkan catatan dengan label Fatwa Muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatwa Muzik. Papar semua catatan

Ahad, 12 Disember 2010

Fatwa Muzik

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1842

Soalan:

Dengan penuh hormat sukacita abis kaola ingin merujuk mengenai muzik dan penggunaannya.Dalam hubungan ini, pihak Kementerian Pendidikan ingin mengetahui jenis peralatan muzik yang dibolehkan atau sebaliknya bagi kegunaan sekolah supaya mendhindarkan daripada perkara-perkara yang bertentangan dengan hokum-hukum agama islam. Oleh yang demikian, Kementerian ini amat berbesar hati kiranya pihak pehin dapat memberikan senarai peralatan yang dimaksudkan itu dan pandangan islam terhadap muzik untuk abis kaola jadikan panduan.

Jawapan:

Mukaddimah:

Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah yang menyenangkan. Perkataan muzik berasal daripada bahasa Yunani daripada kata “Mousike” yang diambil daripada nama dewa atau tuhan Yunani kuno yang bernama mouse, yang mengikut kepercayaan mereka adalah tuhan mereka yang mengetuai bidang seni dan ilmu.Asal usul muzik belum jelas, tetapi dapat dipastikan bahawa muzik mula digunakan di dalam sebahagian upacara keagamaan di kalangan masyarakat primitif. Kemudian dalam masyarakat moden sekarang ini, muzik juga masih dipakai sebagai salah satu unsure dalam upacara agama tertentu.Muzik tidak boleh lari daripada alat atau alat-alatnya kerana daripada alat-alat inilah timbulnya alunan bunyi dan irama yang disebutkan di atas, sama ada ia berbentuk: