KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.
Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).
Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Pantun dan Gurindam utk Merisik dan Meminang Niat Datang Sudah lama langsatnya condong, Barula...
-
KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB OLEH: KAMARUDIN BIN JAFFAR KANDUNGAN Pengenalan Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi p...
-
Bertepuk tangan dan bersiul. Boleh atau tidak? Oleh: Ibnu Jaffar Rakan sekalian, dalam artikel ini, saya akan menjelaskan tentang persoa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan