Hari ini 25/1/2012, saya pergi ke kedai servis kereta orang Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) kerana pusat servis India dan Cina masih tutup sempena TBC/CNY. Saya bertanya kepada taukey kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) tentang tukar absorber depan kereta Honda Accord 2.2 saya.
Dengan hebatnya beliau menjelaskan bahawa siap pasang jumlahnya ialah RM 510.00. Saya rasa sedikit panas kerana sebelum ini, saya tanya kepada Maju Klinikar, jumlahnya cuma RM380.00. Taukey kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) itu dengan bangganya menjelaskan bahawa harga sebatang pun RM 200 lebih. "Itu pun bukan jenama Honda, kalau Honda lebih mahal"..katanya, menakut-nakutkan saya pengguna yang boleh dimakan ini.
Saya terasa tertipulah..bukan apa takkanlah harganya tinggi sangat!. Saya pun bergerak mencari kedai spare part sendiri. Ha dapat pun..harganya cuma RM 155.00. Saya beli kiri dan kanan, harganya RM 310.00 sahaja. "Ini yang ori", kata taukey spare part itu."Saya tak jual yang tak ori"..Dalam hati aku berkata:" Aku kene kelentong dengan taukey Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) servis kereta ni."
Aku mintak kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar), tolong tukarkan absorber sebab aku dah beli sendiri. Dia setuju dan upah untuk pasang, kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar)mintak RM60.00.
Sekian , terima kasih kepada Kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar)yang telah membantu saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Pantun dan Gurindam utk Merisik dan Meminang Niat Datang Sudah lama langsatnya condong, Barula...
-
KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB OLEH: KAMARUDIN BIN JAFFAR KANDUNGAN Pengenalan Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi p...
-
Bertepuk tangan dan bersiul. Boleh atau tidak? Oleh: Ibnu Jaffar Rakan sekalian, dalam artikel ini, saya akan menjelaskan tentang persoa...
1 ulasan:
TQ ikut blog saya.
Kebetulan smlm (10/2) saya juga tukar absorber kereta Toyota saya. Termasuk upah pasang hanya RM220 shj... :)
Catat Ulasan