Ahad, 1 Februari 2015

Tinta 2015


Diam tak diam saya sudah mengajar 20 tahun. Usia semakin ciput. Amalan pun terasa masih ciput. Guru-guru baharu semakin ramai seperti cendawan tumbuh. Semakin berumur rasanya. Namun saya berpuashati kerana pengalaman saya yang diperoleh sangat banyak. Semua bidang telah saya tempuh baik dalam bidang kurikulum, HEM dan kokurikulum. Kepada guru-guru baharu yang ingin berkongsi pengalaman, saya sedia berkongsi. Maklumlah guru baharu banyak idea namun dari segi pengalaman mereka kurang. Saya juga dulunya seorang guru baharu yang banyak idea dan tenaga. Apa yang guru baharu akan tempuhi, saya telah merasainya. Namun begitu, sifat dunia pendidikan yang dinamik ini, menyebabkan banyak perkara baharu yang menerpa. Jadi, saya juga masih berasa seperti guru baharu apabila menerima maklumat baharu..cuma..pengalaman menjadikan guru lama boleh membuat jangkaan. Akhir bicara, hormatilah guru lama sebagaimana guru lama menghormati guru-guru mereka yang terdahulu dan menghormati guru senior mereka terdahulu. Keberkatan lebih penting dalam hidup.

Tiada ulasan: