Sejarah SK SERI INTAN
Sekolah
Kebangsaan Seri Intan adalah berasal daripada Anson Malay Girl Primary
School atau Sekolah Rendah Melayu Perempuan Jalan Ah Cheong, Teluk Intan.
Didirikan pada tahun 1906, kemudian berpindah ke tapak sekarang pada tahun
1936, mengambil bangunan Sekolah Melayu Lelaki lama, Jalan Maharani. Bangunan
lama di Jalan Ah Cheong dijadikan sekolah Tamil hingga sekarang.
Hanya
terdapat satu blok bangunan kayu 4 bilik. Apabila murid bertambah ramai, 2
bilik darjah lagi dan sebuah Bilik Urusan Rumah Tangga dibina pada tahun 1954.
Murid Darjah v dan vi belajar URT hingga tahun 1966. Selepas itu, Sekolah Melayu
diubah nama kepada Sekolah Umum Perempuan, pelajaran URT tidak lagi diajar dan
kelas URT ditutup. Bangunan URT dijadikan bilik darjah.
Kuantiti murid bertambah, bilik darjah tidak
mencukupi. Tahun 1963 diadakan kelas pagi dan petang hingga tahun 1971. Tahun
1970, semasa Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan membangunkan bangunan baharu
dua tingkat. mempunyai 8 bilik darjah, bilik guru, pejabat dan kantin. Masa ini
kuantiti murid ialah 500-550 orang. Apabila bangunan baharu siap (1971) murid
belajar sebelah pagi sahaja, tetapi kawasan sekolah menjadi sempit, tiada
padang permainan yang sesuai untuk sukan. Bagaimanapun bangunan lama masih
dipakai.
Sekolah
baru telah bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Intan pada 05.06.1972
yang perasmiannya disempurnakan oleh YB Datuk Hussein bin Onn, Menteri
Pelajaran Malaysia masa itu. SKSI juga mula menerima murid lelaki. Pada tahun
1974 PIBG ditubuhkan dan YDPnya ialah YM Encik Ibrahim bin Yaakub. SKSI
bertambah maju bersama PIBG dari semasa ke semasa.
Apabila pengurusan Hospital Daerah Teluk Intan
berpindah ke tapak yang baharu sekarang, sekitar tahun 80an, (Jalan Changkat
Jong), rumah-rumah kerajaan di kawasan ini dirobohkan, bilangan murid semakin
berkurangan. Kemudian kelas Pendidikan Khas wujud pada tahun 1994, ditempatkan
di tingkat bawah. SKSI mendapat bangunan batu didirikan sekitar tahun 2002,
satu blok 4 tingkat (Blok B), menjadikan SKSI mempunyai 3 blok; Blok A, Blok B
dan Blok C (Blok A dan Blok C dipinjam oleh pentadbiran PPD Hilir Perak).Hujung
blok C ditempatkan pengurusan Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan. Kemudian dapat
satu blok lagi iaitu Makmal Komputer.
Pada mulanya Pendidikan Khas wujud satu kelas
dengan 6 orang murid dan seorang guru. Bilangan murid dan guru kian bertambah.
Kini Pendidikan Khas ada 44 orang murid dengan 13 orang guru.(termasuk seorang
PK Pendidikan Khas) dan 6 orang Pembantu Pengurusan Murid. Jumlah murid aliran
perdana ialah 122 orang dan gurunya 17 orang (2010). Alhamdulillah SKSI
kian maju menjadi Sekolah Perkasa, memenangi banyak anugerah dan UPSRnya juga
menyerlah, menjadi kebanggaan ibu bapa, PIBG, PPD dan masyarakat setempat.
Pada
tahun 2020, sekolah ini mempunyai 92 orang murid perdana dan 46 orang murid
Pendidikan Khas. Jumlah keseluruhan murid ialah 138 orang murid. Jumlah guru
SKSI ialah 31 orang iaitu 19 orang daripada aliran perdana manakala 12 orang
guru pendidikan khas. Kakitangan sokongan pejabat berjumlah 4 orang dan PPM
berjumlah 4 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan