Malam ini malam Selasa. Bulan nampak bulat di angkasa. Tadi saya keluar sebentar memeriksa kereta sama ada sudah dikunci atau belum. Saya nampak bulan tersenyum. Maklumlah manusia kekadang lupa kekadang ingat untuk mengunci kereta tetapi yang selalu ialah lupa.
Manusia memang lemah. Jangan kita rasa bahawa semakin berjawatan seseorang itu, dia semakin kuat. Tidak!, sebenarnya semakin lemah. Kenapa? Sebab...
apabila kita berjawatan, kita akan memerlukan lebih ramai pekerja dan pembantu kita..Kalau semua pekerja kita tidak mahu membuat kerja, kita tidak boleh berbuat apa-apa..Lemahnya kita..
Berbanding dengan Allah yang maha Perkasa. Allah tidak perlukan pembantu kerana itu Allah Maha Berkuasa. Manusia lemah sebenarnya..
Bunyi kipas terus berdesir diselang-seli suara cicak. Saya meneruskan coretan ini. Petang tadi, saya mendapat surat daripada pejabat Mufti Perak. Saya dijemput menerima sijil tauliah mengajar agama di Ipoh pada 14 Februari 2015. Bersyukur kepada Allah. Boleh saya menggunakan ruang dan peluang ini untuk terus berjuang di medan dakwah. Maklumlah saya merupakan guru yang sibuk dengan pengajaran dan pembelajaran di samping menyelesaikan fail dan urusan-urusan lain seperti sukan dan sebagainya. Ini suatu peluang untuk saya mendekati masyarakat. Saya kagum dengan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi..walaupun seorang ulamak besar namun sangat rendah hati dan sanggup turun bersama semua golongan sama ada golongan atasan, gelandangan malah golongan yang paling bawah sekalipun untuk memperjuangkan kebenaran di bawah kalimah La ila ha illallah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan