Isnin, 2 November 2009

Pantun dan Gurindam utk Merisik dan Meminang



Pantun dan Gurindam utk Merisik dan Meminang

Niat Datang

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi.
Dari jauh saya datang,
kerana tuan yang baik hati.

Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
BUkan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.

Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.



Sambutan Baik

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru tergolek.
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Datang kami disambut baik



Bertanya Apa Hajat

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti.
kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat dihati.

Tidak pernah rotan merentang,
Kayu cendana dijilat api.
Tidak pernah tuan bertandang,
Tentu ada maksud di hati.

Tumbuk lada diatas para,
Ada kasut simpan dalam peti.
Tepuk dada tanya selera,
Apa maksud di dalam hati.


Menyatakan Hajat Besar

Berapa tinggi pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api.
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harapan hati.

Kabung enau tebang satu,
Tebang sekali dengan sigainya.
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku,
Harapan dalam tutur katanya.

Besar api Teluk Gadung,
Anak buaya menggonggong bangkai.
Niat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Daun raya diatas bukit,
Tempat raja menanam pala.
Harapi kami bukan sedikit,
Sebanyak rambut atas kepala.


Pantun Merisik

Sudah lama kami ke tasik,
Tali perahu terap belaka.
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka.

Sudah lama langsatnya condong,
Dahannya rebah ke ampaian.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang disampaikan.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.

Raja Hindu raja di Sailan,
Singgah berenang di persiraman.
Bagai pungguk rindukan bulan,
Kumbang merindu bunga di taman.

Cenderawasih burung yang sakti,
Singgah hinggap diatas karang.
Kasih berputik didalam hati,
Dari dahulu sampai sekarang.

Singgah berenang di persiraman,
Mayang terdedah didalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih.


Meminang

cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman.
Besar hajat kami tidak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman.

Bak kata orang..
Tuan menyimpan sekuntum bunga,
Bak intan di dalam peti.

Kami menyimpan seekor kumbang,
Sudah terpikat ke bunga tuan,
Hendak menyunting intan tuan,
Hendak bernaung di rumah ini,
Hendak menyambung tali darah,
Hendak mengikat tali keluarga.

Minta diterima hajat kami...


Niat Datang

Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Dari Pauh singgah Permatang,
Singgah merapat papan kemudi.
Dari jauh saya datang,
kerana tuan yang baik hati.

Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain.
BUkan hajat sebarang hajat,
Hajat merasmikan nikah kahwin.

Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.


Barulah kini batangnya rebah.
rebah pula menyembah bumi
baru sekarang diizinkan Allah.
agar dapat menyatu dua hati

Singgah merapat papan kemudi.
papan juga dibawa belayar
kerana tuan yang baik hati.
cinta yang lama sudahpun mekar

Tekat menjadi hiasan kain.
tekan dari zaman dahulu
Hajat merasmikan nikah kahwin.
supaya hidup boleh bersatu

banyak dapat ikan tembakul.
ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
biar sampai dunia akhirat


Pantun Adat-Merisik/Meminang

Besarlah air di Sungai Petai
Batang Pegaga rang patahkan
Bukannya hamba cerdik dan pandai
Pusaka kata di persembahkan

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon nangka
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah dengan adat pusaka

Bila sampai ke laut gading
Belokkan perahu mencari selat
Jika bertikai dalam berunding
Eloklah balik kepada adat

Berbuah lebat pohon mempelam
Rasanya manis di makan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab

Kalau jagung kulitnya putih
Tidak berbunga masa berbuah
Di laut Temenggung di darat Pepatih
Adat berpunca kitab Allah

Kalau tak ada dalam pukat
Cubalah cari dalam tengkolek
Kalau tak ada dalam adat
Cubalah cari dalam syarak

Burung enggang silang-bersilang
Nampak pipit sama rata
Sudilah sirih sekapur seorang
Itulah asal pembuka kata

Rumah besar alang pun besar
Rumahnya datuk permaisuri
Alang2 kerja besar
Tidakkan hamba sampai ke mari

Rasa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi asapnya api
Berapa tinggi mata memandang
Tinggi lagi harapnya hati

Bunga Ros bunga melati
Harum semerbak di dalam taman
Besar sungguh hajat di hati
Hendak menyunting bunga di taman

Bulan mengambang di celah awan
Pungguk merindu dengan berangan
Sewajar memilih jodoh pertemuan
Tapak tangan satu perjuangan

Timah pateri dengan besi
Di cantum dengan paku Belanda
Hukum berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda

Bunga Cina tanaman Cina
Mari di pakai tuan puteri
Kerja kita akan sempurna
Bila sampai masa di janji

Si Pitang Kuala Tuhur
Banyak perahu di tepi pantai
Minta maaf kata terlanjur
Asal hajat dapat di sampai


batang pegaga rang patahkan
boleh kita jadikan ulam
pusaka kata dipersembahkan
jgn diubah cerita silam

lebah bersarang di pohon nangka
jangan dijolok nahas bahaya
sembah dengan adat pusaka
itu sudah menjadi budaya

belokkan perahu mencari selat
selat letak jauh ke muara
eloklah balik kepada adat
kerana ia pusaka bangsa

rasanya manis di makan sedap
dipotong-potong letak di pinggan
adat pusaka berpedoman kitab
dalam kita menjalani kehidupan

tidak berbunga masa berbuah
sudah habis diserang ulat
adat berpunca kitab Allah
jgn kita melanggar adat

cubalah cari dalam tengkolek
tengkolek ada di atas para
luahkan bahasa yang molek-molek
sudahlah manis di pandang mata


kaitkan baju dengan jarum
untuk dipakai di hari raya
sang gadis mengukir senyum
tanda hati menyatu jiwa



1 ulasan:

O. O berkata...

haaaa prektis2 le jadi wakil mnyambut pengantin. pas tu mngiring. pas tu ... pas laaaaaaaa... nanti anak aku nak btunang ke... kawin ke.. aku cari ko tau utk jadi orang tengah... tapi ko pakai macam wali sogo laaaa... pakai pantun yang tu lah...