Selasa, 12 Januari 2010

Soalan:
Bilakah date-line wanita keluar haid?


Jawapan:
Semua ulama mazhab bersepakat bahawa wanita tidak akan datang haid sebelum berusia 9 tahun. Mereka berbeza pendapat tentang batas usia keluar haid:


Hanafi: 55 tahun
Maliki: 70 tahun
Syafi'i: Selama masih hidup, haid itu masih mungkin sekalipun biasanya berhenti setelah berusia 62 tahun.
Hambali: 50 tahun
Imamiyah(syi'ah): 55 tahun -wanita bukan Quraisy an wanita Quraisy 60 tahun .

Tiada ulasan: