Selasa, 12 Januari 2010

Soalan:
Adakah menyentuh mayat mewajibkan wudhu'?


Jawapan:
Empat mazhab menyatakan bahawa menyentuh mayat bukanlah termasuk hadas, maka tidak diwajibkan mandi atau wudhu'. Disunatkan yang memandikan mayat itu mandi bukan bagi yang menyentuhnya. Kebanyakan ulama' Imamiyah (syiah) , bagi yang menyentuh mayat diwajibkan mandi dengan syarat badan mayat itu telah sejuk dan pada asa menyentuh, mayat itu belum dimandikan secara syara'. Jika menyentuhnya sebelum sejuk, maka tidak diwajibkan apa-apa.

Tiada ulasan: