Ahad, 6 Disember 2009

KESESUAIAN METHOD IJTIHAD UMAR BIN AL-KHATTAB DENGAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM PADA MASA SEKARANG.








Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor.


.
SLQ 3332
USUL FIQH ,II


TAJUK :


KESESUAIAN METHOD IJTIHAD UMAR BIN AL-KHATTAB DENGAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM PADA MASA SEKARANG.
(Meringkaskan buku Mohd Said Ishak, Umar bin Al-Khattab-Perlaksanaan hukum Islam. m.s. 90 hingga 102)




DISEDIAKAN OLEH :


ZARINA BINTI MOHD ISMAIL ( 660721 – 10 – 6678 )
ROSAINI BINTI MOHAMED AKHIAR ( 770611- 10- 5276 )
ROSANITA BINTI MOHAMED AKHIAR ( 700527- 10- 5886 )
ROSMALINDA BINTI MOHAMED AKHIAR ( 791123- 10- 5042 )






PENSYARAH :
USTAZ SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.








1. Sekapur sireh.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas jumjungan Nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.


Bersyukur kami kepada Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya, kami masih diberi kekuatan dan nyawa untuk meneruskan hidup ini dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah Taala. Alhamdulillah dengan berkat dan keizinanNya juga kami dapat menyiapkan kertas kerja FIQH ISLAM II ini.Walaupun kami diberi tugasan untuk meringkaskan sahaja buku Umar bin Al-Khattab bertajuk perlaksanaan Hukum Islam karangan Ustaz Mohd Said Ishak, namun apa yang termampu itulah yang kami persembahkan.


Jutaan Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad. yang telah banyak memberi tunjukajar dan nasihat serta bimbingan dalam meyempurnakan tugasan ini.
Semoga Allah memberkati dan memberi keredhoan kepada semua .


Sekian Terima Kasih.


Wassalam.





2. Daftar Isi.






1. Sekapur Sireh. 2
2. Daftar Isi. 3
3. Definisi. 4
4. Sebab-sebab kerelavanan corak ijtihad Umar 9
5. Kesimpulan. 13
6. Bibliografi. 13









Kesesuaian method ijtihad Umar bin Al-Khattab dengan perkembangan masyarakat Islam pada zaman sekarang.




Definisi.


Relavan berasal dari bahasa Inggeris relevance berarti ‘keperluan, hubungan, pertalian, sangkut paut.’
Kerelavanan dalam bahasa Indonesia pula bermaksud hubungan atau kaitan.
Maksud dalam kes ini ialah hubungan serta kegunaan penerapan atau perlaksanaan hukum yang dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab dalam mengatasi masalah yang terjadi di zamannya dengan situasi dan suasana zaman sekarang ditinjau dari aspek kaedah, pengambilan hukum, pola pemikiran dan cara Umar mentahbiqkan hukum.


Suasana zaman sekarang (moden) ini sangat jauh berbeza dengan suasana zaman Umar bin Al-Khattab, kemajuan yang dicapai oleh umat manusia dalam pelbagai aspek maslahah kehidupan yang pesat terutamanya dengan adanya perkembangan ilmu pengetahuan dan kecanggihan yang semuannya tiada pada zaman Umar bin Al –khattab.


Namun titik persamaan di antara keduanya berlaku dengan terjadinya perubahan dalam kehidupan masyarakat yang melahirkan pelbagai masalah hukum yang harus dileraikan dalam Islam agar tujuan Syariat tercapai.


Perubahan kehidupan masyarakat Islam yang memerlukan penyelesaian hukum secara kongkrit dan menyeluruh dirasai pada zaman pemerintahan pemerintahannya menjadi Khalifah (634-644H).
Setelah wafat Rasulullah, timbul banyak masalah baru yang berpunca dari pergeseran nilai dan perubahan sosial berlaku yang jauh berbaza pada zaman Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Umar sedar akan perlunya memberikan pegangan kepada umat Islam dalam menghadapi perkembangan sosial dengan cara mengarahkan kemampuannya mengkaji dan memahami tujuan-tujuan syariat (maqasid al-syariah) yang terdapat di dalam Quran dan Hadis yang mengandungi hukum perlaksanaan seperti pembahagian harta Ghanimah, tidak memotong tangan pencuri, tidak memberi zakat kepada muallafah Qulubuhum dan sebagainya untuk disesuaikan dengan situasi yang berlaku di zamannya.


Maqasid al-syariah ialah tujuan-tujuan yang hendak dicapai dalam melaksanakan hukum yang mengaitkan maqasid al-syariah dengan perubahan sosial iaitu pintu ijtihad tidak pernah tertutup hingga akhir zaman sebab perubahan sosial sentiasa sesuai dengan perkembangan dan kemajuan masyarakat itu sendiri.


Dengan pengetahuan dan mendalami maksud maqasid al-syariah, telah menonjolkan Umar sebagai seorang mujtahid dalam menetapkan hukum bersesuaian dengan keadaan semasa dan menanganinya dengan baik.
Walupun zaman dan keadaan telah berubah dan pelbagai permasalahan wujud, namun hokum Islam tetap mampu menangani dan menyelesaikan dengan berpandukan Quran dan Sunnah. Oleh itu, tindakan dan pemikiran Umar dalam menerapkan hukum di zamannya sangat relavan untuk zaman sekarang dan abad yang akan datang.


Tujuan utama syariah diturunkan kepada umat manusia adalah untuk kemaslahatan umat manusia sama ada di dunia dan di akhirat. Memberi keutamaan kepada dunia dan akhirat itu seiring adalah penting untuk membezakan hukum Islam dengan hukum-hukum lain yang hanya berasaskan hukum-hukum bagi maslahah duniawi semata-mata. Semua hukum Islam mengandungi maslahah sebagai asasnya.Tiada satu pun hukum syariat yang tiada mengandungi maslahah sebagai asasnya seperti disebut oleh al-Syatibi:
والمعتمد اءنما هو ان استقرينامن الشريعة أنها وضعت لمصالح العباد


Ertinya: Dan yang muktamad jika diteliti hukum syariat satu persatu (nyatalah) syariat diciptakan untuk kemaslahatan para hamba.










Kemaslahatan mengikut ulama syariat :-
المنفعة التي قصدها الشارع الحكيم لعباده من حفظ دينهم ونفوسهم وعقولهم ونسلهم واموالهم طبق ترتيب معين فيما بينها.
Ertinya: Manfaat yang menjadi tujuan syariat untuk hambanya buat memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta sesuai dengan susunan yang ditentukan.


Pemeliharaan kepada lima hal sebagai dasar utama ditinjau dari segi kepentingan dan kekuatan terbahagi kepada tiga iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.


Daruriyyat ialah segala sesuatu yang mesti ada untuk tetap wujud kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Apabila hal-hal darury tidak dipelihara, kehidupan manusia akan binasa. Memelihara darury ialah memelihara kewujudan lima dasar kemaslahatan iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.


Dua cara memelihara Daruriyyat ialah :
i) sesuatu yang dapat memperkukuhkan kewujudannya.
ما يقيم أركانها ويثبت قواعدها وذلك عبارة عن مراعتها من جانب الوجود.
Ertinya : Sesuatu yang meneguhkan sendi-sendinya dan mengukuhkan dasar-dasarnya yang demikian itu ibarat dari memeliharanya ditinjau sari sudut perwujudannya.


ii) Melakukan sesuatu yang dapat mencegah terjadinya kerosakan terhadap hal-hal daruriyyat yang munkin terjadi atau dijangka terjadi.
ما يدراء عنها الاءختلال الواقع أو المتوقع فيها. وذلك عبارة عن مراعتها من جانب العدم.
Ertinya : Sesuatu yang menolak terjadinya kerosakan (kecederaan) atau dikuatiri akan terjadi. Yang demikian itu ibarat memeliharanya ditinjau dari aspek ketiadaan(memelihara agar tidak hilang).


Hajiyyat ialah segala sesuatu yang diperlukan oleh umat manusia untuk menghindar diri dari kesulitan dan menghilangkan kesempitan.
Contohnya : Puasa dan solat adalah maslahah daruriyyat dalam memelihara agama tetapi bagi musafir yang menghadapi kesulitan(masyaqah) dalam melaksanakannya diberi keringanan (rukhsah) dengan solat jamak dan qasar dan qada’ puasa pada hari lain.
Tahsiniyyat ialah segala sesuatu yang dapat membantu ke arah menyempurnakan keperluan yang lima(al-masalih al-khams)
Contohnya: Menutup aurat dalam solat, menjauhi yang kotor dalam bersuci, sopan santun ketika makan dan minum dan tatacara pergaulan suami dan isteri. Jika keperluan tahsiniyyat tidak dipelihara, tidak bermakna ia akan membawa kepada kesempitan dan tidak meruntuhkan keperluan yang lima tetapi ia menyalahi kebiasaan dan merendahkan martabat peribadi dan masyarakat.


Bagi mencapai tujuan syariat dengan sempurna, Allah Taala telah menurunkan syariat dalam bentuk hukum taklif iaitu wajib, mandub, haram, makruh dan mubah. Ia wujud disebabkan kemaslahatan dan kemudaratan pada setiap hokum. Maslahah pada setiap hukum (maqasid al-syariah) digunakan oleh Umar al-Khattab sebagai panduan utama. Pada zaman Umar telah diterapkan dasar hukum maqasid syariah dan segala maslahah masyarakat dapat dapat dihadapinya dengan tepat kerana mewujudkan hukum Islam yang sebagai hukum yang betul sesuai untuk setiap zaman dan tempat tanpa mengira situasi dan keadaan.


Bagi mewujudkan maqasid al-syariah pula terdapat dua bentuk ijtihad yang difungsikan oleh Umar iaitu ijtihad istinbathi dan tathbiqi
Ijtihad istinbathi ialah usaha bersungguh-sungguh dari mujtahid untuk menyimpulkan maksud dari suatu ayat atau hadis.
Ijtihad tathbiqi (tahqiq al-manath) iaitu menguji kesamaan maksud Allah dalam suatu ayat dengan tempat penerapannya.


Al-Syathibi mentakrifkan tahqiq al-manath seperti berikut :
أن يثبت الحكم بمدركه الشرعي لكن يبقي النظر في تعيين محله.
Ertinya: Idea abstrak yang telah diperolehi oleh seorang mujtahid dari kandungan nas, kemudian bagaimana menerapkan(mentahbiqkan) terhadap masalah yang dihadapi sehingga maksud syariat dapat tercapai.


Berdasarkan pengertian di atas, kaedah ijtihad tahqiq al-manath merupakan suatu kaedah sosialisasi dan pembumian idea-idea hukum yang terkandung dalam suatu nas pada dasar hidup manusia. Dasar ini berkembang dan mengalami perubahan sehingga al-syathibi menyebut ijtihad tidak akan berhenti sehingga akhir zaman dan idea hukum yang terkandung dalam Quran perlu dipastikan boleh atau tidak diterapkan kepada mukallaf.


Kajian tahqiq al-manath dalam perbahasan usuli terdapat istilah iqaf al-tanfiz (penangguhan penerapan hukum). Iqaf al-tanfiz iaitu idea hukum yang hendak diterapkan, tujuan yang hendak dicapai tidak dapat diwujudkan. Oleh itu, peranan umar dalam menerapkan hukum yang bercantum nas perlu melihat kepada ‘ilat hukum sebagai ukuran dalam menetapkan hukum berkaitan muamalat.
Contohnya: Ketentuan hukum dalam ayat 41 surah al-Anfal mengenai pembahagian harta rampasan perang kepada bala tentera dalam peperangan. ‘ilat hukum dalam ayat tersebut tidak dapat dilakukan sebab jika dilakukan menyebabkan kepentingan umum yang lebih penting terbiar. Ini disebabkan keadaan tentera di zamannya lebih baik dari zaman Rasullullah dan zaman Abu bakar. Bagi mengatasi masalah ini, Umar menyimpulkan ayat 6-10 surah al-Hasyr sesuai untuk ditathbiqkan (diterapkan ) dengan hukum maqasid al-syariah.


Kebijaksaan Umar dalam menangani kes ini berasaskan ketentuan Quran ayat 7 surah al-Hasyr disebutkan “ supaya harta itu tidak beredar di antara orang-orang kaya sahaja.”. namun begitu walaupun ia menjadi dasar ijtihad tathbiqi dan tahqiq al-manath tidak berarti ia hukum mutlak sebab ia hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaan untuk mencari yang terbaik bagi tujuan maqasid al-syariah


Dalam ijtihad tathbiqi, umar tidak memberi bahgian zakat kepada muallafah qulubuhum di zamannya. Menurut Umar ‘ilat hukum beri zakat pada zaman Rasul tidak ada pada zaman Umar. Seperti dalam surah al-Taubah ayat 60. Jika pada suatu masa memang ada muallafah qulubuhum seperti dalam Quran, maka ayat tersebut mesti diterapkan seperti dalam zaman pemerintahan Umar bin Abd Aziz(99-101H)
Dalam hukum potong tangan yang tidak diterapkan bagi hukuman orang yang mencuri, (ayat 38 surah al-Maidah), penerapan hukum ayat itu akan timbulkan gejolak masyarakat ketika itu sebab keadaan sangat mendesak.


Kesimpulannya, Umar sebenarnya menerapkan hukum ayat Quran dan Hadis Rasulullah, sahabat dan murid rasullullah s.a.w , musayhid al-tanzil dan adil sama sekali tidak mengubah ketentuan hukum yang ada dalam Quran. Beliau meneliti keadaan tempat sebelum menerapkan suatu hukum. Kebijaksanaan beliau memperlakukan nas tertentu sebagai pengecualian sementara sebab ia sebagai kaedah umum yang boleh berlaku untuk semua tempat dan keadaan. Faktor perubahan dan perkembangan sosial perlu dipertimbangkan dalam menerapkan hukum bagi memenuhi tujuan maqasid syariah dan sebagai membuktikan keteguhan Umar sebagai mujtahid yang mendalami maqasid syariah dalam ijtihad.


Sebab-sebab kerelavanan corak ijtihad Umar.


Berpandukan maqasid al-syariah dalam menetapkan hukum, membantu Umar dalam meleraikan hukum sesuai dengan perkembangan zaman ini. Di sinilah letaknya kerelavanannya corak ijtihad Umar dengan zaman sekarang.
1) Situasi dan keadaan masyarakat zaman modern sangat komplek dan pelbagai. Banyak masalah-masalah baru muncul yang belum ada sebelumnya. Al-Quran hanya memuatkan sebahagian kecil hukum terperinci dan sunnah yang terbatas pada kes yang terjadi pada zaman Rasulullah sahaja. Dengan berpandukan maqasid al-syariah hukum kepada masalah dapat diselesaikan dengan tepat.
2) Dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi masyarakat moden menjadi sebuah masyarakat mencapai kemajuan pesat dalam pelbagai aspek kehidupan. Masyarakat perlu satu hukum yang boleh diterima, rasional dan sejajar dengan prinsip keadilan, kemanusiaan dan memenuhi kehendak kehidupan masyarakat tersebut.dengan berpandukan maqasid al-syariah, penerapan hukum Islam untuk keperluan masyarakat moden dapat dilaksanakan dengan baik. Contohnya ; ketentuan hukum larangan rasulullah menjual buah-buahan yang belum nyata baik (masak)
اءن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الثمار حتى يبدو صلاحها نهى البائع والمشتري.
Ertinya: sesungguhnya Rasullullah melarang menjual buah-buahan sehingga nampak kebaikannya. Baginda melarang si penjual dan pembeli.


Ulasannya ialah sebab larangan iaitu buah dijual tidak pada masanya dan dikuatiri buah itu ditimpa kerosakan yang belum nyata masaknya dan merugikan pihak pembeli. Dengan perkembangan sains dan teknologi proses mempercepatkan buah masak dan hasil yang baik dengan dua cara:
1) Masak di atas pohon.
Buah yang masih ada di atas pohon masak dengan menggunakan alat-alat dan bahan kimia tertentu.
2) Masak di luar pohon.
Buah yang dipetik dan dilakukan peraman di tempat tertentu sehinga ia masak dengan baik dan lebih cepat dari proses asli.
Apabila teknologi ditemui, maka ketentuan hokum dalam majlis boleh untuk tidak dilaksanakan asalkan ‘ilat hokum larangan tiada lagi dan penggunaan teknologi canggih sudah teruji kebaikannya kerana maqasid syariah dalam hadis tersebut dapat dicapai oleh penjual dan pembeli.


3) Kebelakangan ini, agama Islam telah tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Islam dianuti oleh pelbagai bangsa keturunan, adat budaya, memiliki persamaan dan perbezaan pendidikan dan sebagainya. Perkembangan kemasyarakatan berjalan terus. Peradaban manusia tidaklah berjalan terus tatpi berjalan mengikut waktu dan zaman. Keadaan ini memerlukan keberkesanan hukum Islam yang menyeluruh dan menjadi dasar pegangan kukuh masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan.


Pada zaman ini banyak masalah timbul tetapi dengan berpandukan maqasid al-syariah ia akan lebih berkesan dan tercapai. Contohnya: masalah harta pusaka. Ketentuan tentang pembahagian harta pusaka untuk anak lelaki dan perempuan jelas dan tegas. Firman Allah:
للذكر مثل حظ الانثيين.
Ertinya: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan.


Sebagai ulasannya mengikut ayat ini, lelaki mendapat dua bahagian dua kali ganda sebab ia berkait rapat tugas dan tanggungjawab, kewajipan tanggungan lelaki lebih berat dari perempuan seperti memberi nafkah anak isteri, pemimpin rumahtangga dan sebagainya. Jika anak lelaki mendapat bahagian sama dengan anak perempuan adaah normal.


Contohnya anak perempuan bersusah payah memelihara orang tua sakit bertahun-tahun sedangkan anak lelaki tidak peduli langsung atau banyak menyakiti ibu bapanya. Anak perempuan pula cacat dan berpenyakit tiada pekerjaan dan banyak waktunya dihabiskan untuk memelihara orang tuanya. Dalam keadaan ini Hakim boleh untuk tidak menerapkan hukum ayat 11 dan 176 surah al-Nisa’.


Kemajuan teknologi moden banyak masalah timbul dan perlu disesuaikan dengan bijak sebab ia berlaku pada zaman salib dan zaman Rasullullah s.a.w
Contohnya :
1) Dalam bidang telekomunikasi –muncul masalah akad nikah dan cerai melalui telefon.
2) Bidang Pengangkutan- timbul -tayamum, arah kiblat, solat jama’, lalu lintah.
3) Bidang kesihatan- masalah derma darah, organ badan dan lain-lain.
4) Bidang ekonomi- faedah insuran, cabutan bertuah.
5) Bidang Munakahat(rumahtangga)- perancang keluarga dan anak tabung uji.


Dalam menghadapi perubahan dan perkembangan itu, perlaksanaan hukum perlu menerapkan hukum berpandukan maqasid syariah bagi mencapai tujuan syariah. Sebagaimana kaedah yang mengatakan:
كل تصرف تقاعد عن تحصيل مقصوده باطل.
Ertinya : Setiap tindakan hukum tidak berhasil mencapai tujuannya, adalah batal.


Istilah Iqaf al-tanfiz iaitu idea hukum yang hendak diterapkan, tujuan yang hendak dicapai tidak terlaksana. Menerapkan kaedah istihsan pegangan Hanafiah dalam menetapkan kewajipan sama dalam mengemukakan bukti dan hujah dan ketika bukti tiada dalam kes dua orang berjualbeli yang berbeza pendapat tentang jumlah harganya iaitu barang belum pada pembeli dan wang belum pada penjual (sama-sama mudda’i dan mudda’i ‘alaih). Sedangkan kaedah menyatakan :
ألبينة على المدعي واليمين على من أنكر.
Kaedah umum ini menurut Hanafiah tidak dapat diterapkan dalam kes ini sebab untuk menentukan siapa yang pasti mudda’i dan siapa yang mudda’i ‘alaih. Tujuan maqasid al-syariah dapat dicapai dengan menghukum kedua-duanya sama-sama kemukakan bahan bukti atau kedua-duanya sama-sama sumpah jika tiada bukti sah. Contohnya: maqasid al-syariah memainkan peranan penting dalam berijtihad dan penerapannya dalam kes yang dihadapi. Sekalipun secara istinbathi idea hukum telah diperolehi oleh mujtahid, namun idea hukum tersebut dapat ditangguhkan perlaksanaannya (Iqaf al-tanfiz) kerana faktor-faktor tertentu yang berkaitan dengan maqasid al-syariah.



Kesimpulan.


Dasar ijtihad Umar yang berkait rapat dengan zaman sekarang ialah hubungan maqasid al-syariah dengan perubahan sosial. Hubungan tujuan syariat dengan perubahan dalam masyarakat bererti berbincang tentang ijtihad yang tidak berakhir. Ini disebabkan perubahan sosial akan terus berlaku selari dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai manusia tanpa mengira masa, tempat dan keadaan.






Bibliografi


1)Buku.
a) Mohd Said bin Ishak ,Umar bin Al-Kattab Pelaksanaan Hukum Islam. , Terbitan U.T.M.


























Tiada ulasan: