Ahad, 13 Disember 2009

Ulasan Buku Saidina Umar al-Khatab dan latar belakang




SLQ 3332
USUL FIQH II


TAJUK:
ULASAN BUKU
SAIDINA UMAR AL-KHATAB DAN LATARBELAKANG


DISEDIAKAN OLEH:

SITI MASILAH BINTI SOHOD
570717-10-5788

NOOR NAJKHA BINTI MOHD DAWAM
770120-10-5634

NOOR WATI BINTI MOHD DAWAM
760702-10-5034


PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN SOSIAL 



Latar belakang Saidina Umar al-Khattab.

Nama lengkap Umar, yang bergelar Abu Hafs ialah Umar ibn al-Khattab bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Ka’ab bin Lu’ai al-Quraisy, tergolong dari suku kaum Adi.
           
            Suku kaum Adi dipandang mulia dan tinggi oleh kabilah Quraisy, dan ramai dari kalangan suku kaum Adi melahirkan orang-orang yang terkenal dan termasyhur dalam sejarah perkembangan Islam.
           
            Garis salasilah Ibn al-Khattab dan nabi Muhammad s.a.w. bertemu pada keturunan yang ke-8. Nasab Umar Ibn al-Khattabdan nabi Muhammad s.a.w. bertemu pada nenek mereka yang bernama Kaab bin Luai al-Quraisy al- Kedawi.

            Dilahirkan di Mekah, empat tahun sebelum perang Fijr, iaitu 13 tahun selepas kelahiran selepas kelahiran nabi Muhammad s.a.w.. Perang al-Fijr adalah pertempuran antara puak Kinanah dan Quraisy di satu pihak, dan puak Hawazin di satu pihak yang lain. Dinamakan al-Fijr sempena insiden pertempuran yang berlaku dalam bulan Zulkaedah, iaitu satu bulan yang mulia di kalangan kabilah Arab, yang diharamkan terjadinya peperangan atau pertempuran darah. Beliau membesar dalam keluarga masyarakat berada.

            Masa kecilnya, beliau memelihara ternakan orang tuanya dan setelah itu dia berniaga, membawa barang  dagangan berulang-alik ke Syam. Dibesarkan dari kalangan keluarga yang tidak beragama Islam.

            Menganut agama Islam setelah memasuki usia remaja iaitu setelah lima tahun nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Sempat memerintah selama lebih kurang 10 tahun, dan wafat pada 27 Zulhijjah tahun 23H akibat tikaman pisau Abu Lu’luah seorang lelaki keturunan Persia.



Sifat-sifat Umar  Ibn Al – Khattab 

Umar  mempunyai banyak kelebihan  dari segi sifatnya . Dia seorang  pemimpin  yang berani , tegas , adil, tawadhu'  dan penyayang .Terutama sekali  dalam melaksanakan hukum  ajaran  agama Islam. Beliau menegakkan kebenaran . Oleh itu dia disegani semua orang , baik kawan atau lawan . Sebagai contoh  pemimpin yang penuh  wibawa dan berdidikasi.

Beliau  menjadi pengganti  Nabi Muhammad s.a.w. yang kedua , selepas Abu Bakar. Sebelum  memeluk agama Islam , beliau  meerupakan  orang yang kuat  menentang agama Islam . Setelah  mendapat hidayah  dari Allah , Umar memeluk  agama Islam. Dengan  sifat  keberaniannya ,beliau dilantik menjadi ketua  dalam peperangan. Sifat yang berani melawan musuh, bersama dengan Nabi Muhammaad s.a.w. Seorang khalifah  yang berjaya  meluaskan wilayah  kekuasaan Islam sehingga , agama Islam
tersebar  di seluruh  wilayah  Semenanjung   Arab. Sifat ini  menjadi model  utama
bagi menerajui  pemerintahan  Islam. Masyarakat  segan dan takut  dengannya, bukan
kerana  tubuhnya  tetapi  kerana sifat yang  unggul.

Sebagai  ketua  pemimpim  Umar  banyak mempelajari  dan meruju  kepada  Nabi
Muhammad s.a.w. Serta  menjadi  ikutan   semua orang . Ketika  Umar dibaiat  oleh
masyarakat ramai sebagai khalifah  pengganti  Abu Bakar  r.a. dia dengan lantang
mengatakan  bahawa  dia bersumpah untuk  bersungguh-sungguh  melaksanakan  tugasnya  sebagai pemimpin  umat yang adil  dan saksama .

Pidato Umar jelas menunjukkan  keterbukaan  dalam memimpin rakyat . Dia berani  menunjukkan  arah ke mana rakyat akan dibawa . Sifat tegas  dalam memimpin  telah diterapkan , selama dia memegang  pucuk  pimpinan  umat Islam sebagai  khalifah .
Sifat tegas Umar telah diperlihatkan  oleh  Hasan Ibrahim sebagai berikut  :

         Umar saat tegas  terhadap pegawai-pegawainya. Beliau sangat yakin bahawa  mereka akan menakut-nakuti orang ramai, lalu rela berkorban dengan diri mereka dan mengajar  akan tabiat  yang  bacul dan menghina  diri. Beliau sentiasa membuka  peluang  kepada sesiapa sahaja  yang ingin  menyampaikan rayuan atau aduan kepadanya  tentang pegawai-pegawainya. Hal ini selalu diumumkan kepada  orang ramai  melalui khutbah-khutbahnya. 

Sifat yang menonjol pada dirinya ialah , sebagai personel  semasa  menjadi khalifah. Dia terkenal dengan sikap berpegang   teguh  kepada  keadilan. Keadilan merupakan  model dasar untuk melindungi masyarakat dan satu kejayaan memimpin umat. Sifat ini akan berpanjangan  dalam  pemerintahannya.

Sifat tersebut dicacatkan ,dalam buku  Abqariyyah Umar,dinyatakan  bahawa Umar adalah orang besar  yang mempunyai sifat  adil , penyayang , bersemangat , bijaksana , kuat iman dan  selalu  melaksanakan  ajaran Islam. Sifat tersebut menjadi contoh tauladan kepada  orang lain. Terhasillah  masyarakat harmoni dan makmur.
Sebagaimana yang disarankan dalam al-Quran. Umar adalah pemerintah yang  terkenal di kalangan  empat orang  tokoh . Iaitu  Abu Bakar ,  Uthman dan Ali . Beliau menyambung  tugas yang dilaksanakan  oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam menegakkan hukum Islam ,khalifah Umar  sebagai pemerintah  tidak mengenal  ras, suku, kabilah, pangkat ,jawatan, keturunan dan keluarga . Dia tidak pandang  sahabat dalam  menegakkan  keadilan . Sekali pun kepda gabnor ,pembantunya  dan anggotanya sendiri.

Beliau  berkeyakinan  pegawai yang dilantik  hendaklah benar-benar  bertindak  sebagai penegak  hukum dan keadilan. Mereka juga sebagai  guru  al-Quran  dan al-sunnah  yang mengamalkan  dan menyebarkan  kepada orang ramai. Maka tidak wajar menyakiti  perasaan  dan menakutkan perasaan rakyat.

Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a.adalah satu –satunya tokoh  besar  dalam sejarah umat manusia  umumnya. Beliaulah seorang  tokoh sahabat, tokoh  pahlawan  serta tokoh pemerintah yang sentiasa menjadi  bahan kajian dan kekaguman  ahli-ahli sejarah. Baik ahli-ahli sejarah barat ,serta ahli sejarah  Islam  kerana  memandangkan keunggulan beliau  yang sukar dicari  bandingannya hingga ke masa ini.

Beliau  ternyata adalah seorang  manusia  yang teragung  di zaman  pemerintahannya. Seorang  manusia yang memiliki berbagai kebolehan  dan kecerdasan  disamping tokoh pahlawan yang sukar dicari  tandingan tentang  keberanian dan keperkasaannya. Sebelum Islam , Umar  merupakan seorang tokoh  musyrikin  Quraisy yang  paling keras  sekali tentangnya  terhadap  agama Islam dan Rasul serta  Abu Jahal. Setelah mejadi muslim , telah bertukar  menjadi pembela islam . Beliau merupakan pejuang Islam  yang dulunya sahabat sebelum  Islam.   

Sebelum Islam Umar  terkenal  sebagai tokoh  bangsawan  Quraisy   yang memiliki keutaman  sebagai seorang ahli sastera, ahli syair  dan  seorang  yang  berani  melahirkan pendapat dan seorang yang berani  melahirkan pendapat  dan sikapnya  secara  terus  terang  dan tegas kepada orang lain.

Saiyidina Umar  Al- Khattab  r.a. sewajarnya mendapat perhatian  yang besar dari ahli-ahli sejarah di masa dahulu ataupun di zaman moden.Semasa pemerintahan Abu Bakar pun ,baginda mendapatkan  bantuan dari  Umar  yang sentiasa disampingnya. Contohnya ketika  berlakunya satu perdebatan  yang sengit  di Balai  Bani  Sa' idah  bagi melantik khalifah  yang pertama  bagi umat  Islam. Berkata  Saiyidina Abu Bakar kepada Saiyidina  Umar .” Hulurkan tanganmu  hai  Umar , kami sekelian mengangkatmu jadi
khalifah.”  “Beliau lebih utama  daripadaku ,” jawab Umar dengan tegasnya menolak percalonan  dari sahabatnya itu.

Saiyidina  Umar Al –Khattab  r.a.  adalah khalifah kedua  umat Islam sesudah wafatnya  khalifah Abu Bakar, yang telah memerintah dari tahun 634 hingga 644 M. Umar  berasal dari suku Bani  Adi ,dari kalangan qabilah  Quraisy,  yang telah masuk Islam  pada 4 tahun sebelum  Hijrah Nabi Muhammad  s.a.w. Beliau mendapat gelaran  “Al- Faruq" oleh Rasullah s.a.w.  yang bererti “orang yang dapat membezakan  antara
baik dengan buruk.” Memandangkan gelaran yang tepat sekali  tentang  keutamaan  dan keistimewaan  Saiyidina  Umar  terkenal sebagai sahabat karib  Nabi  Muhammad s.a.w. yang memiliki kekuatan pemikiran  hingga apa yang diijtihadkan  selalu benar  dan mendapat pengakuan  dari al-Quran  sendiri. Hubungannya Umar  dengan Nabi  adalah hubungan mertua dengan menantu sesudah puterinya  Habsah bt Umar  dikahwini dengan  Nabi s.a.w. Dengan sikap yang  paling berani  menghadapi  kaum kafir Quraisy  dalam menyampaikan pendapat-pendapatnya kepada Rasulullah s.a.w.

Saiyidina  Umar  merupakan seorang wira  atau satria Quraisy  sejati yang pantang mundur sebelum ajalnya sampai . Suatu kesah  contoh keberanian Saiyidina Umar Al-Khattab. Pahlawan sejati yang sentiasa turut berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w.. Beliau menyayangi serta menghormati  fikiran dalam banyak masalah. Pendapat  Umar menepati  wahyu yang diturunkan  kepada  Rasullah s.a.w.

Selain dari sifat  tersebut , Umar telah bersikap keras  dalam menegakkan kebenaran  dan keadilan. Beliau memiliki  perasaan  cinta  dan kasih  sayang  yang mendalam terhadap rakyatnya yang miskin  dan susah. Sehingga berlari-lari  ke gudang  gandum untuk diberikan kepada wanita miskin  dengan anak-anaknya yang sedang lapar.

Oleh kerana Saiyidina Umar Al-Khattab  telah mempunyai sifat –sifat murni  yang telah dimiliki tersebut , mudahlah  orang kafir untuk memeluk agama Islam . Ciri-ciri yang ada pada diri beliau  telah mengharumkan  negara Islam diseluruh dunia. Serta  agama Islam  berkembang luas pada zanam pemerintahannya.

Saiyidina Umar  Al- Khattab  pula memiliki sifat zuhud . Iaitu lebih mengutamakan  akhirat . Hidupnya  sederhana   dalam  berpakaian dan kebendaan . Tetapi mempunyai  akhlak yang mulia  ,hubungannya dengan  Allah dan  manusia yang lain. Dengan  sifat yang mulia itu  mudahlah orang lain untuk mengikut ajaran agama Islam. Baik dari segi pentadbiran  , ekonomi dan sosial. Kesemua ini adalah  bersumberkan dari  al-Quran.

Selain dari sifat di atas , Saiyidina Umar  yang mula –mula  hartanya dijadikan harta wakaf dalam Islam. Beliau bersifat rendah diri  dari  segi pakaian  yang amat sederhana. Tetapi amat arif  mengenai Al-quran  dan bijak memahaminya. Fikiran yang cerdas , pernah mengeluarkan fatwa dalam hal-hal agama . Dapat menyelesaikan  masalah  yang berkaitan dengan  hukum .Inilah yang menjadi asas sesuatu  keputusan  pengadilan ialah kebenaraan.

Sebagai kesimpulan , Saiyidina Umar Al-Khatab  adalah memiliki sifat terpuji . Di antaranya  sifat sabar  menghadapi kerenah  orang Islam  dan bukan Islam . Tetapi beliau tegas  dan berani menolak  sesuatu masalah . Sehingga  sanggup dihadapi  dengan  peperangan  melawan musuh. Sifat yang tawadhu'  untuk menegakkan  Islam . Berjiwa lemah –lembut  itu mudah untuk berkomunikasi  sesama  manusia. Walaupun  beliau  berasal dari orang kafir  tetapi dapat menyesuaikan  diri  kepada agama Islam  setelah mendapat hidayah dari Allah. Oleh itu  majunya pemerintahan itu bergantung kepada
pemimpinnya, iaitu Saiyidina  Umar Al-Khattab.

Beberapa ayat yang turun menggambarkan Saiyidina Umar selalu mendapat bimbingan dan petunjuk daripada Allah S.W.T.:

1)Umar pernah mengharapkan supaya isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. mengenakan hijab. Malah dia berbincang terus hal ini dengan Rasulullah s.a.w. Tidak lama setelah itu, turunlah ayat 53 surah al-Ahzab, iaitu:

          واذا سألتموهن متاعا فسئلوهن من وراء حجاب (الاحزاب 33: 53)                
Ertinya:
          … Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir.

2) Rasulullah s.a.w. bermusyawarah dengan para sahabat dalam menangani masalah tawanan perang Badar. Dalam hal ini Umar Ibn al-Khattab berpendapat agar mereka semua dibunuh. Dari sekian banyak sahabat yang diminta pendapat mereka, tidak ada seorangpun yang sependapat dengan UmarIbn al-Khattab atau yang berpandangan seperti Umar. Setelah itu ternyata Rasulullah s.a.w. menyetujui pendapat Abu Bakar al-Shiddiq yang mengissyaratkan untuk tidak membunuh para tawanan dan mengambil tebusan daripada mereka. Namun Allah berkehendak lain. Kemudian Allah menurunkan ayat dalam surah Al-Anfal ayat 67 yang sesuai dengan pendapat Umar Ibn al-Khattab. Firman Allah:

ما كان لنبى أن يكون له أسرى حتى يثخن فى الارض تريدون عرض الدنيا والله يريد الاخرة والله عزيز حكيم                               (الأنفال 8: 67)

Ertinya:
         Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3) Suatu ketika sewaktu Umar sedang tidur di dalam sebuah bilik di rumahnya, masuklah seorang hambanya tanpa izin. Umar kemudian merungut seraya berdoa:

"اللهم حرم الدخول"

Ertinya:
           " Ya Allah, semoga Engkau mengharamkannya masuk."

Allah kemudia menurunkan firman-Nya dalam surah al-Nur ayat 58:

يا ايها الذين امنوا ليستئذنكم الذين ملكت ايمانكم والذين لم يبلغوا الحلم منكم ثلاث مرات من صلوة الفجر وحين تضعون ثيابكم من الظهيرة ومن بعد صلوة العشاء ثلاث عورات لكم .....                         (النور 24: 58 )  

Ertinya:
          "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba (laki-laki dan wanita) yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara mu, meminta izin kepada mu tiga kali dalam satu hari, iaitu sebelum subuh, ketika mahu menanggalkan pakaianmu di tengah hari dan sesudah solat isya. Itulah tiga aurat bagi kamu…."

Demikianlah beberapa ayat yang turun menunjukkan Saiyidina Umar al-Khattab sebagai mempunyai pandangan yang jauh ke depan sehingga banyak timbul dugaan dan ramalannya yang kemudiannya sesuai dengan kehendak al-Quran.      


                                   

Tiada ulasan: