Rabu, 16 Disember 2009




Manusia Menurut Pandangan Islam: (Imam Al Ghazali)





  1. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang disebut sebagai al insan, al Ins, Al Nas dan Al Bashar.





  1. Sebaik-baik ciptaan: daripada 2 unsur iaitu material dan spiritual. Unsur Material merujuk kepada jasmani yang terbina dari darah, daging dan tulang. Spiritual dirujuk kepada unsur roh, nafsu, hawa dan aqal.





  1. Imam Al Ghazali : diri manusia terdapat 2 sifat: kemalaikatan dan kehaiwanan. Kehaiwanan bermakna apabila manusia berjaya dikalahkan oleh dorongan nafsu syaitan. Kemalaikatan apabila berjaya dalam perjuangan menentang hawa nafsu dan patuh kepada perintah Allah SWT.





  1. Personaliti manusia menurut Imam Al Ghazali: dirujuk kepada sifat kerohanian dan kejiwaan. Dalam diri manusia terdapat unsur-unsur hati, roh, nafsu dan akal selain jasad yang bertindak secara bersepadu.  Hati sebagai pemerintah kepada jasad. Roh, nafsu dan akal adalah rakyat yang mempunyai daya pengaruh kuat terhadap hati.





  1. Hati merupakan organisma yang menyeluruh dan merupakan nadi yang mempengaruhi gerak laku manusia. Rosak hati maka rosaklah semua anggota badan. Peribadi yang baik dan mulia adalah hasil daripada kesucian hati.





  1. Nafsu (nafs) disebut sebagai syahwat (seks) atau kekuatan nafsu yang terdapat di dalam diri seseorang.  Terdapat 3 tahap nafsu iaitu:





    • Nafs Al Amarah – Nafsu yang mendorong manusia melakukan kejahatan (hasutan syaitan) ( Yusuf: 53)
    • Nafs Al Lawwamah – Nafsu yang dipandu oleh syaitan dan syahwat dikenali sebagai nafsu yang tercela. Ia mengakibatkan manusia lalai daripada mengingati Allah SWT. ( Al Qiamah: 2)
    • Nafs Al Mutamainah – Nafsu yang tenang dan terselamat dari godaan syaitan. ( Al Mikraj: 27 – 28)





  1. Akal (Aql) boleh diertikan kepada 2 jenis iaitu: Pertama: mengetahui hakikat segala sesuatu. Bermaksud akal diumpamakan sebagai ilmu yang disematkan dalam hati dan daya fikir manusia untuk menilai samada baik atau buruk. dan Kedua: menangkap serta mendapatkan segala ilmu dan pembentukan personality manusia.





  1. Roh : Menurut Imam Al Ghazali tiada siapa yang dapat mengetahui hakikat roh. Firman Allah SWT bermaksud: `Katakan (Muhammad) bahawa roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku..` (Al-Israa: 85).





  1. Imam Al Ghazali roh diertikan sebagai perjalanan roh dalam badan dilimpahi cahaya hidup yang berupa perasaan, penglihatan, pandangan, dan perilmuan iaiatu roh ialah cahaya kepada kehidupan. Pengertian kedua pula urusan yang rumit dan bersifat ketuhanan ( Surah Al Israa: 85).





  1. Imam Al Ghazali – peribadi (sahsiah) manusia boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:





    • Babi (Nafsu) – Sifat suka berbohong, melampau dan munafik.
    • Anjing ( Amarah) – Rakus, sombong dan riak.
    • Syaitan (Nafsu Amarah) – meliputi sifat babi dan anjing
    • Arif (Hikmah) – Berjaya menundukkan sifat babi dan anjing melalui bimbingan agama.





  1. Kesimpulannya, tingkahlaku dan personality manusia dipengaruhi oleh factor dalaman dan factor luaran.





  1. Konsep Kebebasan: Manusia diberikan kebebasan oleh Tuhan untuk membuat  pelbagai pilihan dalam kehidupannya namun Tuhan berjanji untuk memberi ganjaran yang baik untuk manusia yang melakukan kebaikan dan sebaliknya.(Yunus:44).





  1. Dalam kitab Imam Al Ghazali Ihya Ulumuddin – kaunselor disebut sebagai Hisbah iaitu bermaksud arahan mengerjakan kebaikan (makruf) dan mencegah melakukan kemungkaran serta memperbaiki hubunga sesama manusia dengan tujuan mencari keredhaan Allah.





  1. Sifat Kaunselor menurut Imam Al Ghazali: Beriman dan bertakwa, jujur, ramah, sabar, tenang, pemurah, berkahlak mulia, boleh berhubung denga baik, bertutur secara sopan , bertolak ansur, suka menolong orang lain, suka bergaul dan bersifat  ikhlas.





  1. Teknik Kaunseling Imam Al Ghazli: berdasarkan ayat al Quran bermaksud: `Serulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan peringatan yang baik, berbincangklah dengan mereka dengan cara yang baik..` (Al Imran; 125). Maksud pertama: Cara Bijaksana, Kedua: Nasihat yang baik, Ketiga: Perbincangan terbaik.





                                                                

Tiada ulasan: