Isnin, 9 Disember 2013

Nenda Sariah binti Haji Sidek

NAMA: SARIAH BINTI HJ SIDEK
NAMA SUAMI: RAKIDIN
NAMA-NAMA ANAK:
KHATIJAH
MOHD JAIS BIN RAKIDIN
SULAIMAN BIN RAKIDIN
SITI FATIMAH BINTI RAKIDIN
SITI HALIMAH BINTI RAKIDIN

Inilah wajah nenda saya (Allahyarhamha Sariah binti Haji Sisek), ibu kepada ibu saya (Siti Fatimah binti Rakidin). Beliau meninggal dunia di rumah ibu saya sewaktu ibu saya sedang susah. Ibu saya memandikan dan menyuapkan nenda saya hingga meninggal dunia pada bulan Ramadhan.

Allahyarhmaha telah kehilangan suami sewaktu anak-anaknya masih kecil. Dengan tulang empat kerat, nenda membesarkan anak-anak sendirian. Ibu tunggal yang bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak seramai 5 orang. Belikau juga rajin membela cucu-cucunya sewaktu hidupnya. Beliau berpindah dari rumah anak- ke rumah anak yang lain. Allahyarhamha telah menghabiskan banyak tenaga dan keringat untuk cucunya.

Malangnya, selepas beliau meninggal dunia, tiada seorang pun daripada cucu-cucunya daripada anak-anak yang lain kecuali anak Siti Fatimah (ibu saya) menziarahi kuburnya. Tanya kubur pun tidak. Memang kami keluarga miskin tetapi kenanglah nenda kita. Kalau kita berbuat selamba seperti itu, percayalah bahawa Allah Maha Adil. Tidak mustahil kita akan menangis sewaktu tua lantaran dipersiakan anak-anak dan cucu.

Kepada sepupu-sepupu saya (cucu-cucu nenek Sariah) sekalian, walaupun anda semua sudah kaya dan berada, sedarlah bahawa tanpa nenda kita, anda semua tiada di dunia ini. Nenda kitalah yang melahirkan ibu kita dan ingatlah bahawa Allah sangat melihat apa yang kita lakukan.

Marilah kita berbuat baik. marilah kita menziarahi kubur nenek kita. Marilah kita rukun dan damai.

 "Dan kebajikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha  Mengetahuinya. "
An-Nisa' - 127.

 Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: