Pada hari ini, saya ingin menceritakan kisah misteri di rumah saya. Hari Jumaat 29 12 2013, saya sekeluarga menuju ke Ipoh atas urusan pernikahan anak saudara (ady). Maknanya saya bermalam di Ipoh dua malam iaitu Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad. Setelah pulang pada hari Isnin (hari ini) 2/12/13, bapa mertua menceritakan bahawa pada malam Jumaat dan malam Sabtu, beliau melihat kelibat seorang tua berbaju putih berjalan mengelilingi rumah. Itu suatu misteri. Sebelum ini, isteri saya mengalami 4 kejadian aneh. Pertam, seperti ada suara yang meniup ke arah telinga, kedua, kelibat orang tua bongkok di sebalik tiang sewaktu menyidai pakaian, ketiga printer off sendiri walaupun ia bukan automatik dan keempat, bunyi seperti kerusi ditarik tetapi tiada orang di ruang tamu. Ini suatu misteri. Dalam hal ini, saya menasihati ahli keluarga supaya mengamalkan al mauizat, ayat kursi, bacaan quran dan rajin mengamalkan solat sunat . Semuanya dari Allah.
Firman Allah dalam Surah 6 ayat 112: bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis)
manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian
yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu
(manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka
tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
Surah 7 ayat 27: bermaksud: Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia
telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya
pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan
pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat
mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan