Hari ini merupakan hari yang agak tenang kerana tugas menjadi KTM (Ketua Tempat Mengundi), bukan Keretapi Tanah Melayu telah selesai. Pada 5 Mei yang lalu, saya bangun pada jam 5.00 pagi. Pada jam 5:30 pagi, saya bergegas ke SEMESTI dan Solat Subuh di Masjid Batu 8. Setelah mengambil peti undi, saya bersama seorang kerani dan dua orang anggota berpangkat Kopral bergerak ke SK Sungai Pergam pada jam 6:30 pagi. Di SKSP, saya bersama 4 orang kerani dan 2 orang PAPM mula bertugas sehingga berakhir pada jam 5:00 petang. Solat Zohor pada jam 3:00 petang dan Solat Asar jam 5:00 petang. Jam 5:30 petang proses pengiraan undi bermula dan berakhir jam 8:00 malam. Seramai 498 pengundi telah mengundi daripada 611 orang pengundi berdaftar iaitu 83%. Bagi kawasan Sungai Pergam, kemenangan berpihak kepada BN dan disahkan oleh agen pengira undi. Selepas Solat Maghrib, kami bertolak menghantar segala peralatan dan peti undi pada jam 8:15 malam dan sampai di Semesti setengah jam kemudian. Pada jam 9:30 malam saya selesai menghantar segala peralatan dan laporan. Pada 10:00 malam saya sampai ke rumah. Demikianlah tugas saya sebagai KTM pada 5 Mei 2013. Ini merupakan satu amanah yang sangat berat yang harus dipikul dan dilaksanakan. Ini sangat penting dan bersasuaian dengan firman Allah iaitu surah Al Anfal ayat 27:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا لا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ
تَعْلَمُونَ
Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad)
dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan
kepadamu, sedang kamu mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan