Khamis, 13 Disember 2012

Bermain Bowling di BP Mall

Ini video yang sempat dirakam tentang kebolehan ibu bermain bowling. Sketsa ini dirakam sewaktu berjalan di BP Mall untuk mencari buku di kedai buku Popular. Rupa-rupanya di tingakt atas ada pusat bowling. Kami sekeluarga menuju ke pusat tersebut dan menyewa satu lane. Bayaran untuk dewasa ialah RM 4.50 dan 'student' RM 3.50. Stokin RM 3.00 (beli terus). Kalau bawa sendiri stokin, lebih baik. Sewa kasut pula ialah RM 4.00 sepasang. Yang bestnya, penjaga kaunter itu siap tanya kalau 'student' mesti ada nombor id untuk membuktikan student. Saya berkeras mengatakan mana ada id..ic bolehlah nak buat bukti. Kadang-kadang "kebodohan" terserlah walaupun kita tak menunjukkannya. Dah kalau budak berumur 12 tahun, takkan bermisai berjanggut? maksud saya, budak dengan orang tua kan berbeza! nasib baik akhirnya dapat jugak harga student untuk anak-anak saya. Saya dah pergi banyak tempat bowling tapi taklah se'eksyen' BP Mall. Saya pernah pergi ke Lumut, Ipoh untuk bermain bowling. Taklah mereka mintak id student.Geram juga, tapi sabar! Terima kasih kepada penjaga kaunter pusat bowling tersebut. Mudah-mudahan kerjaya anda lebih cerah pada masa hadapan. Jangan marah ya?

Tiada ulasan: