
Pada hari 31/10/2012 yang lalu, anak saya hendak membeli helikopter kawalan jauh. Dia memilih untuk membeli di Yang Yang Sungai Besar. Apabila sudah berkenan, dipanggillah jurujual untuk melihat helikopter tersebut. Jurujual itu meminta bayar dahulu baru boleh dilihat atau disemak. Maka anak saya pun membayar dengan harga yang tersebut. Setelah dibayar, seperti yang dijanjikan, helikopter pun dibuka daripada kotak dan dicuba. Setelah dicuba didapati helikopter itu tiada pengecas elektrik. Maka anak saya tidak berpuas hati. Dia meminta pulangkan semula wang dan tidak jadi membeli. Jurujual itu mengatakan bahawa setelah bayar, barang tidak boleh dipulangkan semula. Anak saya kecewa. Dia sudah kena tipu hidup-hidup. Kalaulah dia tidak bayar dahulu, dia tidak boleh memeriksa helikopter itu. Apabila bayar dahulu, baru boleh diperiksa..malangnya.. kalau rosak ataupun tidak puas hati..tidak boleh pulang wang dan helikopter tetap dijual walaupun tak sempurna. Terima kasih kedai Yang Yang yang menipu.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 9, Allah berfirman yang maksudnya:
Mereka hendak menipu Allah dan
orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri
sedang mereka tidak sadar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan