Sabtu, 24 Disember 2011

salam.


Hari lahir saya ialah 21 Disember 1971. Maknanya pada 21 Disember 2011, umur saya mencecah 40 tahun. Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai hidup dalam usia 40 tahun. Alhamdulilah. Pada usia 40 tahun, saya sudah mula memasuki fasa baharu dalam hidup. Saya sudah dikategorikan sebagai dewasa dan matang. Istilah remaja sudah ditinggalkan. Dalam menginjak usia sebegini , sudah tentu ada banyak butir-butir kenangan yang ditinggalkan dan ada harapan dalam jiwa untuk hidup 40 tahun lagi, Insya Allah. Namun terkadang, hati ini mengarahkan otak untuk berfikir. Adakah bekalan sudah cukup untuk menghadap Allah? Jawapannya sudah tentu belum. Ini kerana raja' dan khauf yang sentiasa mengemudi hati secara seimbang akan menjadikan saya selalu berharap di samping rasa takut kepada Allah.


Terus terang saya katakan pada usia sebegini, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana sudah mempunyai kebahagiaan dalam hidup. Saya dianugerahkan seorang isteri yang solehah, anak-anak yang soleh dan solehah, ada kerjaya, ada peluang untuk beribadat, ada sedikit ilmu untuk dikongsi, ada ibu yang sangat sayang kepada anak-anak, ada mentua yang sangat baik, ada kawan-kawan yang beriman dan persekitaran yang kondusif dan tiada pencemaran alam.


Pada hari jadi tahun 2011 ini, isteri saya(39), menghadiahkan saya sebuah basikal, anak pertama (14) menghadiahkan baju, anak kedua(11)  tali leher, anak ketiga (5) baju dan anak keempat (9 bulan) menghadiahkan senyuman. Saya sungguh gembira dengan cara ,mereka melayan saya. Mereka adalah aset saya. Mereka merupakan anugerah Allah dan Amanah yang perlu dilaksanakan secara betul mengikut al-Quran dan al-Sunnah.


Basikal hadiah jenama 'Asogo'
www.asogo.com

Anak perempuan yang hadiahkan

anak lelaki yang hadiahkan

anak ketiga hadiahkan

bag hadiah baju


bag hadiah baju

bag hadiah tali leher


Saya berharap agar kebahagiaan ini berterusan hingga akhir nanti.


Tiada ulasan: