Isnin, 29 Ogos 2011

Buat Biskut

Salam  Keimanan dan Ketakwaaan. Alhamdulilah kita telah berjaya melepasi bulan puasa. Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum menjelangnya Idul Fitri. Syukur kepada Allah Tabarakallahu Taala kerana mengizinkan kita hidup untuk menambah bekalan amalan baik sebelum bertemu Khaliq Yang Maha Besar, Tuhan kita Allah. Pada hari ini, isteri dan anak-anak sedang membuat biskut raya. Beliau memang suka membuat kuih raya kerana ujarnya, ia akan menambahkan ilmu serta dapat menambah kuih untuk hari raya ini. Namun begitu, kuih yang siap dibuat akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu set pertama, untuk rumah sendiri, set kedua untuk rumah ibu mertua dan set ketiga untuk rumah ibu sendiri. Memang besar jumlahnya namun itulah sedikit amalan untuk mereka . Moga ia dikira usaha untuk menggembirakan hati ibu bapa. Ketahuilah bahawa tangisan kegembiraan ibu dan bapa akan memadamkan api neraka yang akan membakar kita, Insya Allah.

Di bawah ini disertakan gambar sebahagian  biskut yang telah siap. Tahun ini isteri bersemangat untuk membuat sekurang-kurangnya sebelas jenis biskut. Mudah-mudahan berjaya.

biskut yang sudah siap


proses kedua tahap kedua



sebahagian daripada peralatan, senjata dan bahan


biskut cinta sulam rindu


biskut anugerah ramadhan


biskut anugerah kasih

biskut  coklat zebra


Sesungguhnya minat, kesungguhan dan ketekunan adalah resepi kejayaan untuk membuat biskut. Marilah membuat biskut kerana sebenarnya ia bukanlah terlalu mudah untuk dibuat, juga bukan terlalu sukar untuk dibuat dan bukan mustahil untuk berjaya. Wabillahil hidayah wat taufiq.

Tiada ulasan: