Lima perkara yang lebih kerap saya lakukan dengan Maxis Wifi dan iPad
Walaupun tablet seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab adalah semakin popular kini, ianya masih dilihat sebagai gajet mewah yang hanya dimiliki oleh orang yang mampu sahaja. Ianya tidaklah dilihat sebagai suatu keperluan seperti komputer ataupun smartphone.Jadi adakah iPad dapat membantu anda dalam urusan harian samada kerja atau peribadi, ataupun ia hanyalah gajet hiburan yang mahal? Dalam siri dua entri ini, saya akan menyenaraikan pengalaman peribadi saya dengan iPad dan modem Wifi, serta bagaimana ia telah mengubah cara saya menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian saya.
Melayari web
Selain daripada urusan kerja, Facebook, dan Twitter; saya sudah berhenti melayari web pada laptop saya. Ini kerana saya mahu hapuskan gangguan supaya saya dapat menumpukan perhatian pada kerja. Kini dengan iPad, saya sudah kembali melayari web dan mengikuti perkembangan semasa mengenai teknologi.
Jika anda mempunyai iPad, anda juga dapat mengagihkankan alatan-alatan anda untuk tujuan tertentu. Apa yang saya buat adalah saya jadikan laptop saya hanya untuk tujuan kerja, dan iPad untuk melayari web dan hiburan. Secara tidak langsung, iPad menjadikan urusan kerja saya lebih produktif.
Membaca buku
Saya mempunyai banyak koleksi PDF dalam komputer yang tidak terbaca, kerana membaca PDF pada komputer adalah agak meletihkan. Jadi saya pindahkan PDF tersebut kepada iPad, dan sejak itu saya banyak membaca menggunakan iPad, terutamanya sebelum tidur.
Adakah ini bermakna saya sudah kurang membaca buku yang sebenar? Tidak sama sekali. Apabila ada pilihan, saya masih gemar membaca buku yang boleh disentuh dipegang, dan diselak. iPad hanya menggalakkan saya membaca buku yang saya cuma ada versi digitalnya.
Membuat kerja di luar
Modem WiFi daripada Maxis memberikan lebih kebebasan pada saya apabila bekerja di luar rumah/pejabat. Saya tidak lagi terikat dengan restoran atau kafe yang menyediakan Internet percuma seperti Starbucks dan Old Town. Sebaliknya, saya boleh memilih tempat yang lebih tenang dan hijau seperti di taman.Bermain game bersama rakan-rakan
Saya sudah lama berhenti bermain game, tidak kisahlah samada di komputer mahupun smartphone. Namun apa yang menariknya pada game iPad adalah ia sangat menggalakkan penyertaan daripada rakan-rakan anda. Walaupun game tersebut adalah untuk seorang pemain – contohnya Fruit Ninja – namun kami seronok untuk bermain dan cuba mengatasi markah yang lain.
Jadi, apa bezanya game pada iPad dengan game pada iPhone (ataupun smartphone yang lain)? Game pada smartphone tidak begitu menggalakkan penyertaan daripada rakan-rakan, kerana sifat telefon itu sendiri adalah sangat peribadi, jadi segan lah kalau tengah main Tap Tap Revenge, tiba-tiba kawan anda terbaca SMS daripada awek anda kan.
Berkongsi sambungan Internet dengan rakan
Saya bekerja bersama rakan-rakan sekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi, kadang-kala dalam kereta pun rakan saya perlu buka laptop dan balas e-mail. Dalam situasi yang memerlukan ini, modem WiFi daripada Maxis sangat membantu dalam menyediakan sambungan Internet. Dan terima kasih atas saiznya yang sangat kecil, ia tidak menjadi masalah untuk saya bawa ia ke mana-mana sebagai persediaan.
Jika anda terlibat dalam kerja yang memerlukan sambungan Internet hampir setiap masa — terutamanya apabila anda perlu berkomunikasi dengan pihak lain melalui Internet — modem WiFi seperti ini adalah sangat berguna.
sumber:
Lima perkara yang lebih kerap saya lakukan dengan Maxis Wifi dan iPad | Sembang Komputer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan