mulutnya berbau kerana tidak memberus gigi ditambah pula aroma rokok yang sangat memualkan perut. Saya berasa sangat tidak selesa. Bagaimanakah saya ingin menumpukan perhatian kepada ibadat saya? Saya memberi nasihat kepada mereka yang berjemaah di masjid atau surau untuk memelihara semua perkara tersebut supaya tidak menggangu jemaah lain. Menggosok gigi bukan asing dalam Islam. Menurut hadis:
Aisyah r.a. berkata : Bersabda Nabi s.a.w : Siwak (gosok gigi ) itu membersihkan mulut dan menjadikan Keredhaan Tuhan. Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah.Sebuah lagi Hadis,
Abu hurairah r.a berkata : Bersabda Nabi s.a.w : Lima perkara dari fitrah (kelakuan yang tetap dari sunnah kelakuan para nabi) iaitu khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mancabut bulu ketik dan memotong misai. Hadis Riwayat Bukari dan Muslim (Muttafaqun Alaih).
Sebagai kesimpulan, marilah kita bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Perubahan dan penambahbaikan sebenarnya menjana kecemerlangan diri. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan