Khamis, 20 Januari 2011
Interlok
Mengapa isu seperti ini boleh timbul? Isu yang kecil tetapi dibesar-besarkan? Saya berpendapat, mereka yang berdemonstrasi seperti insan kurang akal ini sepatutnya ditahan di bawah ISA kerana menimbulkan keadaan 'rasa tidak selamat' di negara ini. Tindakan membakar buku Interlok membuktikan betapa rendahnya akal mereka. Rakyat Malaysia sepatutnya memahami isi buku tersebut. Bukan dibakar! Saya berharap budaya membakar buku, membakar orang atau membakar kelambu kerana marahkan nyamuk sepatutnya diberhentikan. Baca dahulu buku Interlok! Saya percaya mereka yang berdemonstrasi itu pun bukan semua membaca Interlok! Jangan menampar gambar Sasterawan Negara! Itu kurang ajar namanya! Belajarlah bersopan-santun sedikit. Budi bahasa budaya kita! Jangan porak-perandakan keamanan di negara ini. Itu harapan saya sebagai rakyat Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

-
Pantun dan Gurindam utk Merisik dan Meminang Niat Datang Sudah lama langsatnya condong, Barula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan