bermaksud:
"dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (al-quran, 16:96)Saya berharap agar saya menjadi orang yang sabar dan budak mentah ini akan berubah mejadi lebih baik. kalau hendak dikatakan budak-budak, tidak sesuai kerana sudah 20 tahun umurnya. Hanya Allah yang tahu di sebalik setiap kejadian yang berlaku di hadapan kita.Allah berfirman lagi yang bermaksud :
" boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu" (al-quran, 2:216)Baik buruk itu hanya penilaian manusia tetapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu segalanya.
Nasihat saya kepada anak saudara saya:
1. Hormatilah tetamu
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendkala ia memuliakan tetamunya. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)2.Rendah diri
"Sesiapa yang merendah diri semata-mata kerana Allah, maka Allah tetap akan mengangkat darjatnya." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)3. Jangan buruk sangka
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan yang banyak kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. (al-Quran, al-Hujurat:12)4. Jangan mudah terpedaya dengan syaitan
"Sesunggguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji ." (al-quran 2:169)
Sekian, semoga kita semua akan menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal serta bertaqwa. Berusahalah mendapakan yang terbaik , yang kita suka. Jika kita tidak boleh dapat apa yang kita suka, sukalah dengan apa yang kita dapat.
Wallhu Ta'ala a'lamu bi sawabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan