Kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan ialah perintah daripada Allah yang Maha berkuasa. Ia ternyata benar melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
Wahai sekalian orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa (dapat menjaga diri daripada murka Allah).
Pada bulan Ramadhan jugalah al-Quran diturunkan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:
Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan dari petunjuk serta pemisahan antara hak dengan batil.
Namun begitu, kepada mereka yang tidak berdaya atau berupaya untuk berpuasa, mereka boleh berbuka dan kemudian ganti pada hari yang lain. Allah berfirman dalam ayat 185:
Maka siapa yang menyaksikan bulan itu, harus berpuasa dan siapa yang sedang sakit atau dalam musafir, maka boleh dibayar pada hari-hari yang lain.
Mereka yang berpuasa amat istimewa kerana mereka disediakan oleh Allah pintu masik syurga yang khas sewaktu di syurga. Ini dijelaskan oleh hadis Bukhari dan muslim iaitu :
Sahl bin Sa'ad ra berkata: Bersabda Nabi SAW : Sesungguhnya di syurga ada pintu namanya al-Rayyan daripadanya orang-orang yang puasa, tempat masuk . PadaHari Qiamat,tidak dapat masuk melalui pintu itu kecuali orang berpuasa. Dipanggil oleh penjaganya, "Di mana orang-orang yang telah berpuasa, dan tidak dapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan