Din Beramboi, 43 telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan Muslim, Kepong, Kuala Lumpur. Din Beramboi yang dilaporkan meninggal dunia awal pagi Jumaat setelah beberapa hari koma di Hospital Selayang.
Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi mati disebabkan oleh demam denggi berdarah. Din Beramboi meninggalkan isteri, Suhaini Che Man, 42, dan tiga anak, Nil Aina Adibah, 18, Mior Ahmad Shafiq, 16, and Nirain,6.
Antara artis dan selebriti yang hadir pada majlis pengkebumian Din Beramboi termasuk DJ Era, Aznil Nawawi, Aziz M. Osman, Bob Lokman, Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah dan suami Ijoi, Fizo Omar, Pengarah Eksekutif Astro Zaini Amirullah dan CEO Media Prima Datuk Seri Farid Ridzuan. Turut hadir 2000 peminat dan saudara mara Din Beramboi.

Sesungguhnya pemergian Din Beramboi amat dirasai oleh semua. Tiada lagi, drama sebabak dalam Riuh Pagi ERA. Al Fatihah.
Demikianlah berakhirnya riwayat seorang hamba Allah. Beliau telah dijemput Allah terlebih dahulu.Masa kita juga akan sampai. Hanya masa sahaja yang kita tidak tahu. Akhirnya, kita akan keseorangan di alam barzakh. Walaupun saudara mara , sahabat handai kita ramai.apabila di alam barzakh, kita berseorangan. Ada 3 perkara yang mengekori kita setelah kita meninggal. Pertama saudara mara, kedua harta dan yang ketiga amalan kita. Setelah kita ditimbus, saudara dan sahabat handai akan balik meninggalkan kita. Hanya amalan sahaja yang menjadi sahabat kita di alam barzakh. Mudah-mudahan kita sentiasa beramal kerana masa untuk menemuinya semakin hampir..allahu Akbar.
Daripada: Ibnu jaafar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan