PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.
"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.
Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan