Isnin, 4 Januari 2010

Cara doakan si mati



SOALAN

SETIAP kali terbaca orang meninggal dunia akibat penyakit penyakit berbahaya, saya berasa cukup insaf dan begitu kasihan terhadap si arwah dan keluarga arwah. Di sini saya nak bertanya mengenai cara terbaik untuk kita boleh mendoakan arwah (yang tidak dikenali). Perlukan kita menyebut namanya yang hanya diketahui melalui akhbar?






ZAINIZA
Kuala Lumpur


JAWAPAN


Orang Islam dituntut mendoakan dirinya dan muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia. Ini selalu disebut dalam doa kita iaitu “bagi saudaraku muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang sudah pergi.” Jadi bagi mendoakan mereka ini tidak perlu menyebut nama tertentu kecuali memang saudara ingin mendoakan orang yang dikenali secara khusus. Rasa kasih sayang sesama orang Islam akan subur jika kita rajin mendoakan sesama sendiri.

Pengelola Mimbar, Metro Ahad, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: mimbar@hmetro.com.my

Tiada ulasan: