Rabu, 16 Disember 2009

Sheikh Muhammad al-Ghazali

Sheikh Muhammad al-Ghazali
Sheikh Muhammad al-Ghazali ialah seorang alim dan penceramah dan aktivis yang mewakafkan dirinya untuk Islam. Sama ada dalam tulisannya yang berjilid-jilid, ceramah-ceramah umumnya ataupun debat umum, Sheikh Muhammad al-Ghazali sentiasa menganjurkan Islam yang rasional, sederhana dan sabar.


Penemuan pertama idea Sheikh Muhammad al-Ghazali bagi kami melalui Min Huna Na'lam, yang diterjemahkan oleh almarhum Professor Ismail al-Faruqi sebagai Our Beginning in Wisdom. Tulisannya bersemangat tetapi maklumbalas rasional tesis sekular rakannya dari Al-Azhar, Sheikh Khalid Muhammad Khalid, yang dalam bukunya Min Huna Nabda -- From Here We Start Ð mendesak orang-orang Islam melupakan yang lepas mengakibatkan Islam tinggal sebagai kepercayaan dan upacara keagamaan sahaja.


Tesis Sheikh Khalid memang berani tetapi ia menyemai bibit-bibit perselisihan kalangan orang Islam. Ia seperti menyuruh orang Islam mengambil jalan yang diambil oleh Eropah sejak zaman Renaissance, iaitu membebaskan urusan awam daripada batas-batas agama dan moral.


Sekularisasi menuntut pemisahan antara lingkungan awam dan lingkungan peribadi, sementara visi Islam merangkumi kedua-duanya, dipandu oleh kuasa moral tertinggi.


Buat seketika nampak seperti berlaku krisis dalaman dan perselisihan akan berlaku, oleh kerana buat pertama kali seruan sekularisasi telah datang daripada golongan terpelajar, mereka yang selama ini yang dianggap sebagai penjaga dan penyampai ajaran Islam. Walau bagaimanapun, benih tersebut gagal tumbuh dan semua itu disebabkan kewibawaan kebijaksaan yang bukan kecil, seorang yang kita hormati hari ini.


Hujahnya begitu menawan begitu juga menghancurkan, dan dengan berkesan menolak tesis sekularisasi Sheikh Khalid dan dengan itu membersihkan racun berbahaya daripada minda Ummah.


Di kala Ummah begitu cenderung kepada bisikan nafsu, idea Sheikh al-Ghazali memberi jawab balas yang mantap. Baginya, hujah ke atas nafsu, pandangan yang seimbang ke atas perspektif yang sehala, pengetahuan ke atas kejahilan, kesungguhan intelektual ke atas kemalasan dan kecuaian, toleransi ke atas ketaksuban. Ini, pada fikiran saya, adalah warisan nya yang terus hidup, warisan motif-motif utama Islam, oleh pemikir-pemikir agong yang silam, yang beliau telah dengan jujur menyampaikannya kepada kita. Inilah kemuliaan dan sikap mental yang orang Islam hari ini perlu ada dalam usaha ke arah sosial dalaman dan pengislahan politik sebagai pra-syarat bagi kewujudan masyarakat madani dalam Ummah.


Kewujudan masyarakat madani -- al-mujtama' al-madani Ð memang menjadi cabaran getir bagi kita hari ini. Wujudnya kejahatan di mana-mana dalam masyarakat kitaÐ keganasan, korupsi, keruntuhan moral, pencabulan hak asasi manusia, kelembapan ekonomi dan persekitaran intelektual yang melemaskan Ð sebahagian besarnya disebabkan ketiadaan masyarakat madani.


Masyarakat madani yang kita maksudkan ialah berkembang subur perantara masyarakat antara keluarga dan negara, orde sosial yang diasaskan di atas peraturan moral daripada nafsu individu, tadbir selia berdasarkan penglibatan ramai daripada yang dikenakan oleh golongan elit, perlaksanaan undang-undang daripada sikap berdolak-dalik manusia, menghormati kebebasan individu dan kebebasan bersuara dalam batas-batas moral dan kesopanan.


Kegagalan kita hari ini bukan saja mewujudkan masyarakat madani tetapi yang lebih penting kerana kita belum mula menangani isu fundamental. Perhatian kita sentiasa dialihkan kepada perkara ranting dan perbezaan yang tidak mendatangkan manfaat.


Satu pertemuan yang istimewa dan jarang sekali dapat saya rasakan dalam satu majlis dimana Sheikh Muhammad al-Ghazali berhadapan dengan pemikiran yang suka kepada perkara-perkara remeh-temeh. Ia lebih kurang 20 tahun lalu di Dhahran University of Petroleum and Minerals, selepas kuliah mengenai Sunnah, seorang pelajar muda bangun bertanya Sheikh mengapa dia mampu berbincang begitu lunak mengenai Sunnah Rasulullah tetapi gagal menghayati salah satu Sunnah Ð iaitu menyimpan janggut seperti Rasulullah.


Tetapi al-Ghazali enggan diheret ke dalam perbincangan yang remeh-temeh dan dengan rasa lapang dada menjawab:


Anakku, awak duduk jauh sangat untuk nampak janggut saya. Saya ada janggut, janggut orang Mesir, yang nipis.
Seluruh dewan ketawa mendengarkan jawapannya. Pelajar tersebut merasa terguris kerana soalannya tidak diambil serius dan sekali lagi dia bangun bertanyakan soalan yang sama dan Sheikh al- Ghazali enggan menjawabnya.


Persoalan yang sama diulang buat ketiga kali, oleh pelajar yang sama, dengan cara yang menimbulkan rasa tidak selesa kalangan hadirin, dengan pantas dijawab oleh Sheikh al-Ghazali, bukan mengenai isu janggut secara khusus, tetapi mengenai isu manifestasi luaran krisis minda orang Islam. Saya rasa ia satu kritik yang tidak berselindung dan mematahkan mengenai keadaan pemikiran yang begitu ketara kalangan kita, pemikiran yang suka mengambil berat tentang perkara titik-bengek dan kegilaan pada ikutan luaran yang terperinci. Rupa bentuk memang penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam agama tetapi apa yang silap ialah hilangnya keseimbangan dan perbandingan. Taksub dengan rupa sehingga membawa kepada lupa dan menyeleweng daripada perkara sebenar, iaitu objektif asas dan ajaran agama itu sendiri.


Bagi mengekalkan ketidakseimbangan dan mengembalikan keseimbangan ialah satu cabaran kepada para cerdik pandai dan salah satu fungsi universiti ini. Dengan berbuat demikian, kita akan mula menangani isu yang penting dan paling mendesak yang di hadapi Ummah dan dengan itu, membuka jalan ke arah kebangkitan yang hakiki.
http://search.yahoo.com/search?ei=utf-8&fr=slv1-mdp&p=minda+madani


Tiada ulasan: