Peperangan kini semakin berleluasa. Saban hari dunia dihidangkan dengan peperangan dan keganasan. Peperangan kini lebih kepada keganasan . Tindakan kuasa-kuasa besar yang dengan mudah menuduh umat Islam sebagai pengganas dan dengan mudah menuding jari serta menguasai negara lain secara sewenang-wenangnya menambahkan lagi perasaan kebencian dan persengketaan di antara Islam dan kuasa barat. Jika disorot kembali sejarah , Nabi Muhammad (SAW) juga berperang tetapi beretika. Peperangan kini tidak beretika. Tanpa etika, perbuatan sewenang-wenangnya yang dilakukan oleh tentera yang terlibat menyesakkan lagi jiwa masyarakat dunia lebih-lebih lagi, ia melibatkan insan yang tidak berdosa.
2.0 Objektif Tugasan
Tugasan ini akan menjelaskan maksud perang dan tujuan peperangan dalam Islam. Selain itu, ia juga untuk menjelaskan Sirah Perang Uhud. Seterusnya, menjelaskan adab dan etika perang yang perlu dipatuhi dan akhirnya menjelaskan isu-isu semasa tentang perang.
3.0 Definisi Perang
Perkelahian (pertempuran ) dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri . Perbuatan beradu tenaga (kekuatan ), pergaduhan, perjuangan. Bertempur .
4.0 Tujuan peperangan dalam Islam
Islam adalah agama perdamaian. Namun begitu Islam membolehkan peperangan. Peperangan ialah untuk menentang penceroboh . Penceroboh adalah musuh kerana telah menafikan hak orang lain. Selain itu, peperangan ialah untuk melindungi jalan yang benar. Jalan yang benar ialah jalan Allah yang tidak ada kompromi padanya. Menentang penipuan dan perlanggaran perjanjian juga adalah tujuan peperangan dalam Islam. Islam bukan sebuah agama yang boleh dipermainkan. Pepatah Melayu juga ada menyatakan ’Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya’.Selain daripada itu peperangan juga dibenarkan untuk menghancurkan musuh dalam negeri. Mereka ini adalah seperti musang berbulu ayam. Untuk memelihara dan mengekalkan keamanan juga memerlukan peperangan dan yang terakhir, peperangan adalah untuk membantu ummat Islam yang tertindas. Membantu ummat Islam yang tertindas adalah tanggungjawab semua ummat Islam. Peperangan pada ketika ini adalah sangat perlu lebih-lebih lagi pada waktu ummat Islam dicarik-carik maruahnya.
5.0 Perang Uhud
5.1 Sumber al-Quran
Al-A’raaf ayat 60
Maksudnya : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Al-Anfal ayat 36
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
Ali Imran ayat 122
Maksudnya : (Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.
Ali Imran ayat 167
Maksudnya : Dan juga dengan tujuan ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah Kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah Kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
5.2 Sejarah Perang Uhud
Salah satu peristiwa besar pada Syawal ialah Perang Uhud yang berlaku pada 7 Syawal tahun ketiga hijrah. Ia dinamakan Uhud bersempena lokasi peperangan iaitu di kawasan Bukit Uhud kira-kira enam kilometer ke selatan kota Madinah.
Sebelum keluar berperang Rasulullah s.a.w telah bermesyuarat dengan para sahabat sama ada hendak berkubu di dalam Kota Madinah atau berperang di luar Kota Madinah di mana pendapat supaya berkubu di dalam Kota Madinah ini merupakan cadangan daripada Rasulullah s.a.w sendiri berdasarkan kepada mimpi baginda iaitu tentang baginda melihat beberapa ekor lembu disembelih yang ditakwil dengan beberapa orang para sahabat yang gugur syahid, pedang yang sumbing yang ditakwil dengan ahli keluarga baginda yang ditimpa musibah manakala baju besi ditakwil dengan Madinah. Tetapi ada cadangan kedua daripada golongan muda terutama mereka yang tidak sempat keluar dalam peperangan Badar dahulu termasuk Sayyidina Hamzah yang mencadangkan agar tentera Islam keluar berperang di Uhud luar Madinah dengan alasan supaya musuh tidak menganggap bahawa tentera Islam takut.
Akhirnya Rasulullah s.a.w memilih pendapat supaya keluar berperang di Uhud sehingga ada suara daripada para sahabat agar baginda menarik balik cadangan itu, lalu Rasulullah s.a.w dengan tegas menyatakan : “ Tidak patut bagi seorang nabi apabila sudah memakai baju besi maka dia meletaknya semula sehinggalah Allah membuat keputusan antaranya dan musuhnya”.
Tentera Islam pada asalnya berjumlah seribu orang, tetapi pada pertengahan jalan menuju ke Uhud maka ketua kaum munafik iaitu Abdullah bin Ubai bersama 300 orang lagi telah menarik diri yang menyebabkan tentera Islam yang terus kekal bersama dengan Rasulullah s.a.w hanya berjumlah 700 orang. Mereka terpaksa berdepan dengan bala tentera musuh seramai 3 000 orang. Ini merupakan antara ujian awal kepada keimanan dan ketaatan tentera Islam kepada Allah dan rasulNya di mana umat Islam pada hari ini mesti mengambil pengajaran penting daripadanya, antaranya bahawa dalam berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini maka kita terpaksa berdepan berdepan musuh nyata iaitu kuffar dan juga musuh dalam selimut iaitu munafik.
Pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan, tetapi pada peringkat kedua tentera Islam menerima ujian kekalahan di mana 70 orang telah gugur syahid termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Antara sebab yang jelas kepada berlakunya kekalahan peringkat kedua ini ialah keengkaran sebahagian besar daripada kumpulan tentera pemanah yang turut turun dari bukit mengutip harta rampasan perang dengan alasan tentera Islam telah pun menang dan juga ada yang bimbang jika habuan untuk mereka akan dinafikan.
Peperangan Uhud telah menjelaskan sikap di kalangan tentera Islam sendiri di mana ada yang berjuang kerana mahu habuan dunia antaranya berbentuk harta rampasan perang dan ramai yang berjuang benar-benar ikhlas kerana Allah. Sebab itulah adanya ahli tafsir daripada kalangan para sahabat ketika menafsirkan beberapa ayat dari surah Ali ‘Imran berkenaan Peperangan Uhud menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyangka bahawa ada juga di kalangan tentera Islam yang telah ditarbiah oleh Rasulullah s.a.w sendiri masih lagi tamak kepada habuan dunia. Sekiranya Allah tidak membongkarkan perkara ini dalam al-Quran maka ia tidak diketahui oleh sesiapa. Perkara ini boleh kita dapati melalui firman Allah antaranya dalam ayat 145 surah Ali ‘Imran :
Maksudnya : Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
Menyedari tentang bahayanya pengaruh kebendaan dalam diri pejuang Islam yang boleh menyebabkan kita bakal ditimpa dengan kekalahan dan kehinaan maka umat Islam mesti berusaha menghindari penyakit berbahaya ini daripada terus subur apatah lagi menjadi budaya hidup. Selagi masih ramai pemimpin dan rakyat yang beragama Islam yang mengamalkan budaya rasuah atau mudah dijual beli dengan wang maka perjuangan dalam menegakkan Islam masih jauh lagi untuk dicapai.
Pada peringkat ketiga dalam Peperangan Uhud ini, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh Rasulullah s.a.w telah mengatur langkah untuk menyerang Madinah tetapi tidak meneruskan perancangan mereka itu apabila mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas.
Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya membangkitkan kembali semangat pejuang Islam selepas diuji dengan kekalahan agar musuh tidak terus berdabik dada dengan kemenangan yang tidak seberapa di samping semangat musuh bertambah kurang bukannya semakin kuat. Lanjutan daripada Peperangan Uhud ini maka Rasulullah s.a.w telah beberapa kali mengejar musuh agar mereka menjauhi Madinah malah hampir berlaku beberapa peperangan walau pun dengan keadaan ramai tentera Islam yang masih letih dan cedera.
Walau pun tidak berlakunya peperangan itu tetapi tindakan bijak ini telah menaikkan semangat juang yang tinggi kepada umat Islam di samping meletakkan musuh dalam penuh kehinaan apabila tentera kuffar yang diketuai oleh Abu Sufian telah diejek oleh masyarakat Mekah kerana bukan sahaja gagal membawa pulang harta rampasan perang walau mendakwa telah menang malah tidak dapat membunuh Rasulullah s.a.w apatah lagi menawan Madinah di samping sentiasa lari dari medan peperangan walaupun berdepan dengan tentera Islam yang sedikit dan cedera.
Cara dan taktik yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w wajib diikuti dalam memastikan semangat juang umat Islam pada hari ini tidak terus luntur sekali pun diuji dengan pelbagai kekalahan samada melalui peperangan, pilihanraya dan sebagainya agar kita menjadi umat yang bersyukur atas kemenangan dan bersabar dengan ujian kekalahan kerana yakin bahawa segala perjuangan ini adalah kerana Allah sedangkan kemenangan musuh Islam adalah sementara dan kekalahan mereka pula merupakan kehinaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
Maksudnya: Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
6.0 Adab dan Etika Perang Zaman Rasulullah saw dan Sahabat
Diriwayatkan bahawa semasa zaman Rasulullah saw dan Khalifah Al-Rasyidin bahawa Khalifah Abu Bakar As-Siddik sebelum mengirim pasukan tentera untuk berperang dengan pasukan Rom telah berpesan kepada pasukan tentera Islam, yang kemudian menjadi dasar akhlak Islam di dalam peperangan iaitu :
1. Jangan melakukan pengkhianatan.
2. Jangan berlebih-lebihan sehingga melakukan kerosakan.
3. Jangan memungkiri janji jika berjanji.
4. Jangan mencincang mayat musuh.
5. Jangan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua.
6. Jangan membakar pokok, menebang atau menyembelih binatang ternak kecuali untuk dimakan.
7. Jangan mengganggu orang-orang ahli kitab yang sedang beribadah di dalam rumah ibadah mereka.
8. Keluar berperang hanya dengan izin dan redha ibu dan bapa.
9. Menyelesaikan tuntutan Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan taubat atas dosa-dosa kepada Allah dan daripada saudara-saudaranya.
10. Meninggalkan nafkah sekadarnya kepada keluarganya sementara berada di medan pertempuran.
11. Nafkah bersumberkan daripada punca yang halal sahaja.
12. Mendengar, taat dan patuh kepada ketua.
13. Berlapang dada kepada rakan seperjuangan, ramah dan senyum serta saling bekerjasama dan bantu membantu.
14. Sepanjang perjalanan tidak mengganggu muslim yang lain dan kafir zimmi.
15. Tidak lari dari medan pertempuran.
16. Jangan mencuri hasil ghanimah sebelum dibahagi.
17. Niat mesti ikhlas untuk menegakkan agama dan membantu kaum muslimin.
Jihad Perang merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan Islam. Semua Muslim mesti mempunyai hasrat untuk turun ke medan perang dan berlawan dengan tentera kuffar demi menegakkan Islam.
6.1 Peperangan Moden
Peperangan Moden merujuk kepada peperangan yang yang berlaku di abad ke-20 ini. Antaranya ialah peperangan Dunia Pertama, Perang Iran dan Iraq, Perang Vietnam, Perang Bosnia, Afghanistan , Perang Teluk, Perang Checnya, Palestin dan lain-lain.
6.2 Etika Peperang moden
Etika ditetapkan oleh Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tetapi Negara-negara yang mempunyai kuasa Veto dengan sewenang-wenangnya melanggar peraturan tersebut, di antaranya ialah :
1. Menggunakan senjata pemusnah besar-besaran.
2. Menggunakan senjata pemusnah berteknologi tinggi (nuklear, biologi, kimia).
3. Menindas Negara-negara yang lemah.
4. Melakukan penderaan kepada golongan yang lemah (kanak-kanak, orang tua dan wanita).
5. Melakukan penghapusan etnik.
6. Pencerobohan .
7. Tidak mengikut akhlak Islam semasa peperangan.
8. Menghapuskan kerajaan demokrasi.
9. Bertujuan kepentingan politik, ekonomi dan ego Negara besar.
10. Pembunuhan beramai-ramai.
11. Pendekatan matlamat menghalalkan cara.
6.3 Kesan Perlanggaran Etika Peperangan
Kesan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu manusia, alam dan haiwan.
a. Manusia
Manusia akan menghadapi masalah gangguan mental yang dahsyat iaitu trauma. Selain itu, masalah ekonomi akan menjadikan manusia mengemis di negara sendiri dan mengharapkan negara lain. Selain itu nasib politik sesebuah negara juga akan kacau bilau. Kelemahan politik sudah tentu tidak menjanjikan kedamaian. Keadaan sosial juga berubah apabila tentera musuh membawa budaya yang tidak manis ke dalam negara yang diperangi. Akhirnya budaya sesuatu negara itu akan berubah berdasakan acuan penjajah atau penakluk.
b. Alam
Alam ciptaan manusia akan musnah. Flora akan digantikan padang jarak padang terkukur dan lapisan ozon akan menipis di samping masalah radiasi yang teruk.
c. Haiwan
Fauna akan mengucapkan selamat tinggal kerana habitat mereka musnah dan generasi mereka yang baru tidak dapat meneruskan kehidupan.
7.0 Kajian Kes
7.1 Iraq di bawah Saddam Hussein
Kepelbagaian ras agama dan kumpulan etnik telah membentuk populasi Iraq seramai 25 juta orang. 95 peratus beragama Islam, dan mereka mengalami penindasan, penderaan dan ketakutan selama bertahun-tahun. Faktor terpenting yang mem¬bawa kepada pembunuhan dan kemiskinan umat Islam adalah Saddam Hussein yang merupakan seorang diktator "fasis."
Saddam Hussein mula berkuasa pada tahun 1979, dan semenjak itu beliau enggan membenarkan sebarang kumpulan agama menceburkan diri dalam arena politik dan sosial Iraq. Saddam Hussein menjadi arkitek peristiwa pembunuhan beramai-ramai 5,000 umat Islam Kurdish dengan menggunakan senjata kimia di Halabja, mendera rakyatnya sendiri, memulakan perang Iran-Iraq, dan cuba untuk menawan Kuwait pada tahun 1990. Walaupun beliau kadang-kala bercakap hal-hal agama untuk memenangi hati umat Islam, namun ia hanyalah sebuah sandiwara. Jika kita mengkaji secara ringkas sejarah Saddam Hussein, kita dapat memahami asas-asas rejim yang dibinanya.
Di sebalik kekejaman dan kebuasannya itu, salah satu faktor yang menjadikan beliau terus berkuasa ialah sokongan yang diterimanya dari luar. Saddam telah membentuk sekutu-sekutu untuk menjadikannya terus berkuasa. Mossad, iaitu sebuah kumpulan gelap paling pintar di dunia milik Israel mendahului sekutu-sekutu yang dibentuk oleh Saddam. Mossad menganggap Saddam sebagai buah catur penting strategi Israel di Timur Tengah, dan kadang-kala menggunakan Saddam untuk menghalang perkara-perkara yang mungkin membahayakan kepentingan Israel.
7.2 Perang Salib
Perang Salib adalah sebuah siri dari beberapa rancangan ketenteraan ; biasanya diizinkan oleh Paus yang terjadi pada abad ke-11 sampai abad ke-13. Awalnya, mereka adalah percubaan Gereja Katholik Rom untuk merebut kembali Jerusalem dari tangan Muslim, tetapi juga beberapa ditujukan kepada Eropah lainnya, seperti Perang Salib ke-4 melawan Konstantinopel, Perang Salib Albigensian melawan Cathars di Perancis selatan dan Perang Salib Utara.
Setelah zaman Pertengahan, perkataan Perang Salib telah berubah menjadi banyak erti dan konotasi. Perang Salib pada hakikatnya bukan perang agama, melainkan perang merebut kekuasaan daerah. Hal ini dibuktikan bahwa tentara Salib dan tentara Muslim saling bertukar ilmu pengetahuan.
Perang Salib pada hakikatnya bukan perang agama, melainkan perang merebut kekuasaan daerah. Hal ini dibuktikan bahwa tentara Salib dan tentara Muslim saling bertukar ilmu pengetahuan.
7.3 Perang Teluk Persia I atau Gulf War
Perang Teluk Persia I atau Gulf War disebabkan atas Invasi Irak atas Kuwait Ogos1990 dengan strategi gerak cepat yang kemudian menguasai Kuwait. Emir Kuwait Syeikh Jaber Al-Ahmed Al -Sabah segera meninggalkan negaranya dan Kuwait dijadikan provinsi ke-19 Irak dengan nama Saddamiyat Al-Mitla` pada tanggal 28 Ogos 1990, walaupun Kuwait membalasnya dengan serangan udara kecil terhadap kedudukan Iraq pada tanggal 3 Ogos 1991 dari pangkalan yang dirahsiakan.
Akibat invasi ini, Arab Saudi meminta bantuan Amerika Syarikat tarikh7 Ogos 1990. Sebelum itu , Dewan Keamanan PBB menjatuhkan embargo ekonomi pada 6 Ogos 1990.
Amerika Syarikat mengirimkan bantuan pasukannya ke Arab Saudi yang disusuli negara-negara lain baik negara-negara Arab kecuali Syria, Libya dan Jordan serta Palestine Kemudian datang pula bantuan tentera Eropah khususnya Eropah Barat (Inggeris, Perancis dan Jerman Barat), serta beberapa negara di kawasan Asia.
Misi diplomatik antara James Baker dengan menteri luar negeri Iraq Tareq Aziz gagal (9 Januari 1991). Iraq menolak permintaan PBB agar Iraq menarik pasukannya dari Kuwait 15 Januari 1991. Akhirnya Presiden Amerika Serikat George H. Bush diizinkan menyatakan perang oleh Kongres Amerika Syarikat tanggal 12 Januari 1991. Operasi di daratan yang mengakibatkan perang darat yang dimulai tanggal 30 Januari 1991.
Iraq melakukan serangan balasan dengan memprovokasi Israel dengan menghujani Israel terutama Tel Aviv dan Haifa, Arab Saudi di Dhahran dengan serangan rudal Scud B buatan Soviet, serta melakukan perang lingkungan dengan membakar telaga-telaga minyak di Kuwait dan menumpahkan minyak ke Teluk Parsi.
Pada tanggal 27 Februari 1991 pasukan Koalisi berjaya membebaskan Kuwait dan Presiden Bush menyatakan perang telah tamat.
7.4 Perang Dingin
Perang Dingin adalah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas Perang Dunia ke-2 antara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang "panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.
Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman. Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara U.S. dan Soviet Union semasa Perang Dunia II sehingga pemecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang Korea ; Krisis Peluru Berpandu Cuba ; Perang Vietnam ; Perang Afghan ; dan rampasan kuasa ketenteraan dibantu CIA terhadap kerajaan dipilih condong ke kiri di Iran (1953), Guatemala (1954), dan Chile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk pertelingkahan senjata.
Dalam pertelagahan itu, kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya dengan membekalkan senjata dan wang kepada penentang, perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada populasi kuasa besar. Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara Kesatuan Soviet dan NATO, terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan beberapa kuasa Eropah. Perlumbaan ini berlaku dalam pelbagai bidang teknologi dan ketenteraan, menghasilkan banyak penemuan saintifik. Kemajuan revolusi terutamanya dalam bidang roket, mendorong kepada perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit dan untuk sampai ke bulan berasal daripada rekabentuk ketenteraan.)
8.0 Soal selidik
Soal selidik telah dijalankan ke atas 30 orang penuntut di bawah Program SPACE – Universiti Teknologi Malaysia yang berpusat di Sabak Bernam. Keputusan soal selidik itu ialah seperti berikut:
Peratus yang diperolehi
Bil Perkara
1 2 3 4 Jumlah
1 Saya memahami maksud peperangan 37% 40% 4% 3% 100%
2 Saya faham bahawa perang itu membawa sengsara 47% 33% 20% 0 100%
3 Perang dan keganasan adalah sinonim 13% 27% 23% 37% 100%
4 Perang dan keganasan pelampau agama adalah tidak sama 40% 20% 20% 20% 100%
5 Perang adalah tidak perlu 37% 23% 23% 23% 100%
6 Perlu ada jalan alternatif untuk menggantikan perang. 60% 17% 13% 10% 100%
7 Perang adalah jalan untuk mempertahankan diri. 57% 20% 17% 6% 100%
8 Perang adalah jalan untuk menghancurkan dunia. 23% 23% 23% 31% 100%
9 Perang akan merugikan mereka yang terbabit. 63% 7% 20% 10% 100%
10 Perang akan menambahkan kerugian ekonomi sesebuah negara. 70% 20% 10% 0 100%
11 Negara yang berperang akan mengalami kehancuran 80% 20% 0 0 100%
12 Peperangan akan menguntungkan negara besar barat 53% 23% 7% 17% 100%
13 Peperangan akan menjadikan masyarakat musnah 80% 10% 10% 0 100%
14 Perang akan merosakan pembangunan sesebuah negara 77% 10% 10% 3% 100%
15 Perang adalah tidak perlu dielakkan
3% 3% 3% 91% 100%
16 Perlu ada etika dalam peperangan 63% 20% 10% 7% 100%
17 Pembunuhan wanita dan kanak-kanak adalah tidak beretika 100% 0 0 0 100%
18 Alam sekitar tidak perlu dipelihara dalam peperangan. 3% 6% 12% 79% 100%
19 Orang tua boleh dibunuh dalam peperangan 0 3% 3% 94% 100%
20 Peperangan moden tidak beretika 97% 3% 0 0 100%
8.1 Keputusan soal selidik
Daripada kajian tersebut, keputusan yang diperolehi ialah , 77 % responden memahami maksud peperangan dengan baik dan selebihnya kurang memahaminya. Hanya 20 % responden yang tidak bersetuju mengatakan peperangan membawa kesengsaraan manakala 80% lagi bersetuju. Responden yang sangat bersetuju mengatakan bahawa perang adalah sama dengan keganasan sebanyak 40% , yang bersetuju sebanyak 20% dan bakinya tidak bersetuju sebanyak 40%. 37% responden menyatakan amat setuju tidak perlu adanya peperangan manakala 23% pula bersetuju. Selebihnya adalah kurang bersetuju dan sangat tidak bersetuju masing-masing 23%. Responden yang bersetuju memilih untuk mencari alternatif lain menggantikan perang sebanyak 77% manakala selebihnya tidak bersetuju sebanyak 23%. Responden membuat undian sebanyak 57% sangat bersetuju, 20% bersetuju dan selebihnya tidak bersetuju ke atas kenyataan bahawa perang adalah jalan untuk memertahankan diri. 64 % bersetuju manyatakan perang adalah jalan untuk menghancurkan dunia, manakala selebihnya 23% tidak bersetuju dan 31% sangat tidak bersetuju. 63% sangat setuju menyatakan bahawa perang akan merugikan dan 7% bersetuju manakala yang lain masing-masing 20% untuk tidak bersetuju dan 10 % pula sangat tidak bersetuju. 90% responden bersetuju bahawa perang akan menambahkan kerugian ekonomi sesebuah negara, manakala 10% pula tidak bersetuju. 90% responden bersetuju bahawa negara yang berperang akan mengalami kehancuran manakala 10 % tidak bersetuju. 76% bersetuju mengatakan bahawa peperagnan akan menguntungkan negara-negara besar manakala 24% tidak bersetuju.
90% responden mengakui peperangan akan menjadikan masyarakat musnah manakala baki 10% lagi tidak bersetuju. 77% responden bersetuju dengan kenyataan bahawa perang akan merosakkan pembangunan sesebuah negara, 10% bersetuju, 10% kurang setuju dan dan tidak setuju langsung sebanyak 3%. 94% tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa peperangan adalah tidak perlu dielakkan manakala 6% lagu bersetuju bahawa peperangan dielakkan. 83% responden bersetuju bahawa perlunya ada etika dalam peperangan manakala 17% lagi tidak bersetuju. Sejumlah 100% responden bersetuju bahawa pembunuhan wanita dan kanak-kanak adalah tidak beretika. 9% responden tidak bersetuju alam sekitar tidak perlu dipelihara manakala 91% bakinya bersetuju. Sejunlah 97% responden tidak bersetuju orang tua boleh dibunuh dalam peperangan dan 3% lagi tidak bersetuju. Akhirnya 97% sangat bersetuju mengatakan peperangan moden tidak beretika manakala 3% lagi tidak bersetuju mungkin kerana mereka beranggapan mereka tidak ada kena mengena dengan peperangan kerana Malaysia negara yang aman.
9.0 Kesimpulan
Peperangan pada zaman moden adalah peperangan yang banyak diwarnai dengan keganasan dan tidak berperikemnusiaan. Pembunuhan beramai-ramai yang sering dilakukan oleh Israel kepada penduduk palestine termasuklah kepada mereka yang tidak berdosa adalah bukti menyatakan bahawa sebenarnya ummat Islam sebenarnya tertindas. Selain itu, ummat Islam terus ditindas di Afghanistan, Checnya dan kini Iran menghadapi ancaman Amerika Syarikat lantaran keupayaannya membangunkan teknologi nuklear. Walaupun Iran berjanji keupayaannya hanyalah untuk kegunaan sumber tenaga namun kecurigaan Amerika adalah amat tidak adil. Ini adalah kerana projek nuklear Korea tidak diancam dengan peperangan bahkan dengan diplomasi. Apa yang menjadi kemusykilan ialah, mengapa jika ia dilakukan oleh negara Islam atau ummat Islam, ia akan dikategorikan sebagai keganasan dan perlu dihapuskan.
Ummat Islam bukan hanya menerima tekanan pada zaman muta’akhir ini tetapi ummat Islam sudah dimusuhi sejak sekian lama lagi sewaktu rasul-rasul Allah berperanan sebagai pendakwah yang tidak mengenal penat dan jemu. Tindak balas ummat Islam hanya akan dikatakan sebagai pengganas dan penjenayah sedangkan tentera mereka yang sewenang-wenwng merogol, membunuh, membuang najis kepada mayat ummat Islam dibenarkan. Undang-undang apakah yang mereka gunakan? Justeru itu, jika meraka menyatakan ummat Islam ganas, dan suka membunuh sebenarnya meraka menuding jari ka arah mereka sendiri. Peranan media yang dikuasai oleh Yahudi dan Amerika syarikat menambahkan lagi semarak kebencian masyarakat bukan Islam kepada Islam. Paparan yang dikeudarakan selalunya bersifat berat sebelah sehinggakan ummat Islam dilihat sebagai sampah dan masyarakat yang tidak mempunyai maruah.
Melihat kepada fenomena masa kini, dunia globlalisasi sebenarnya hanya menjadikan dunia dikuasai oleh kuasa Unilateral iaitu Amerika Syarikat. Mereka mempunyai rangkaian dengan Yahudi yang memamg memusuhi Islam. Kekuatan mereka ditambah dengan penguasaan media dan komunikasi. Medium ini digunakan sepenuhnya untuk menguasai pemikiran ummat Isalm dan menimbulkan bibit-bibit kebencian kepada ummat Islam di kalangan masyarakat bukan Islam. Ditambah lagi dengan Researh and Development mereka dalam bidang persenjataan melengkapkan lagi kekuasaan cengkaman mereka kepada dunia. Semuanya ini menjadikan ummat Islam semakin kecil dan tertekan.
Tindak balas ummat Islam adala wajar untuk mempertahankan diri dan mempertahankan agama. Kematian mereka adalah syahid. mempertahankan agama. Kematian mereka adalah syahid.dan mereka tidak mati walaupun jasad mereka sudah hancur. Kematian Syeikh Yasin, pemimpin palestin sebagai contohnya, sebenarnya semakin menyemarakkan lagi semangat jihad di kalangan ummat Palestin.
Jika mereka menyatakan Islam disebarkan melalui mata pedang, sebenarnya ada betul dan ada salahnya. Jika dilihat dari sudut untuk mempertahankan agama, umat Islam menggunakan senjata, maka kenyataan itu adalah benar . Jika dilhat dari sudut Islam disebarkan melalui mata pedang dengan mengugut dan menzalimi sebenarnya adalah salah. Akhir kata, ummat Islam sudah terlalu lama dibenci dan di sakiti. Semua ummat Islam mestilah berjihad dengan bersungguh-sunguh melalui kemahiran masing-masing. Jika ia seorang penulis, tintanya adalah jihad, jika ia seorang guru, vokalnya adalah jihad, jika ia seorang korporat, perancangannya adalah jihad, jika ia seorang dokor, pengubatannya adalah jihad dan semua bidang dalam 22 000 jenis pekerjaan dipelbagai sekor adalah jihad. Kita semua wajib berjihad untuk meningkatkan syiar Islam dan menjadikan Islam kuat dan ummatnya terperihara.
Akhir kata, peperangan moden tidak beretika dan jauh dari akhlak yang dicontohkan oleh rasul junjungan Muhammad SAW. Islam sebenarnya mengakui dan memelihara maruah manusia. Islam yang sebegini mulia dicalarkan oleh musuh Islam sebegitu rupa. Apa yang amat menyedihkan, Islam dikatakan sebagai pengganas. Itulah realiti yang harus kita telan walaupun ianya amat pahit. Marilah kita sama-sama berdoa pada setiap masa agar ummat Islam di mana-mana juga di dunia ini sabar menghadapi cabaran dan akhirnya mereka berjaya di dunia dan akhirat. Wallahua’lam. Terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Abdullah bin Ahmad Mubarak (1998), “Jejak 25 Rasul Jilid 5” . Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publishers.
Ainol Basar , Nurul Basri ( 1995) . “Kisah Ibu Mithali ; Siti Khadijah Al-Kubra , Siti ” Aisyah , Siti Fatimah Az-Zahrah . Kuala Lumpur : Syarikat Nurul Has .
Ensiklopedia Islam (1994) jilid 4, cet.3 Jakarta : PT. Ichtiar Ban Van Hoeve.
Fathi Yakan ( 2000) , “Bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah”, (Terjemahan) , Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.
Ibnu Rusyd (1990) , “Tarjamah Bidayatu’l Mujtahid. Syifa’ . Kuala Lumpur : DarulFikir .
Jahid Haji Sidek (1984) . “ Strategi Menjawab Sejarah Islam”. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) , Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Abdul Wahhab (2004), “Himpunan Kisah Nabi & Rasul Dalam Al-Quran , Johor Bahru : Jasmin Enterprise.
Muhammad Mutawwali Sya’rawi (1995) , “Anda Bertanya Islam Menjawab , jilid 1 , (terjemahan) , Jakarta : Gema Insani Press .
Naeem Siddiqi (1989), “Muhammad Pembina Umat” . Kuala Lumpur : Pustaka Salam,.
Sharifah Fakhrudin(1999), “Sejarah Rasulullah SAW dan Khulafa Ur Rasyidin”, Perniagaan Jahabersa , Johor Bahru,
Tahia Al-Ismail (2002), “Sejarah Hidup Nabi Muhammad S.A.W ”(terjemahan) . Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa .
Mohd Majid Konting (1998). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Keempat”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Universiti Teknologi Malysia (2002). “Panduan Menulis Tesis.” Universiti Teknologi
Malaysia.
Yunus Ali Al-Mudhor (1993), “Kehidupan Nabi Muhammad SAW dan Amirul Mu’minin Ali bin Abi Thalib RA” (terjemahan) , Kuala Lumpur : Victory Agencie,.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan