Rabu, 23 Disember 2009

Seklamat Hari jadi 21/12/2009


 
Kaunter penyemakan bayaran khairat kematian

 

Van jenazah yang digunakan untuk membawa jenazah.


Pada hari ini 21/12/2009, merupakan hari lahir saya yang ke 38. Nampaknya umur saya semakin berkurang. Pada hari ini juga, jiran saya telah meninggal dunia. Umur beliau mencecah 86 tahun. Nazak selama dua hari ( sudah tidak bertindak balas apabila disebut nama). Beliau meninggal di rumah anak beliau En Zainal Tukiyon. Beliau berada di situ sejak hari raya tempoh hari.

Di kampung saya,ada persatuan khairat kematian. Ajk akan memungut wang khairat sebanyak RM3 setiap berlaku kematian. Satu kaunter akan dibuka di hadapan rumah simati untuk tujuan penyemakan para ahli.

Apabila berlaku kematian, sama ada ahli atau ibu bapa atau anak isteri boleh menuntut bayaran.

Setakat ini, pemegang wang (bendahari) ialah Encik Abd. kadir dan Encik Abd Wahab. En Abd Wahab juga menguruskan van jenazah. 



Pada hari ini juga saya diraikan oleh anak dan isteri. Satu majlis 'slametan' telah diadakan. Kek telah dibeli dan jamuannya ialah KFC Barell. Terima Kasih kepada isteri dan anak-anak. Hadiah yang saya peroleh termasuklah kalendar meja, sepasang baju kemeja, sepasang seluar panjang, sebuah buku dan kad ucapan. Terima kasih kepada isteri saya anje maizatul yang telah mengeluarkan banyak belanja. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik anje.

 

Hadiah baju.



 

Baju batik

 

Hadiah buku


Jazakumullah Khairan Kathira





Tiada ulasan: