Khamis, 3 Disember 2009

Dekorasi Rumah


 
Meja Batu ini sesuai untuk dilokasikan di hadapan rumah. Jika ada ruang bebas, tempatkan ia di situ untuk objektif bersantai dan minum petang. Kerusi Batu ini berwarna emas setelah diubahsuai warnanya. Dibeli di Simpang Empat.

 

Pancuran air ini diperoleh dari kedai bunga Jalan Kuala Kangsar. Sesuai diletak di bahagian pemuka rumah kerana ia dapat memberi aura kedamaian berdasarkan bunyi aliran air. Nilai kesejukan minda juga dapat disegarkan kerana setelah penat bekerja, pulang ke rumah, kita mencari kerehatan.



Pancuran air  ini, menempatkan beberapa ekor ikan. Memelihara ikan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, kita boleh bersodaqoh setiap hari dengan memberi ikan makan. tempatkan juga di hadapan rumah kerana ikansentiasa bertasbih kepada Allah. Rumah yang selalu ada makhluq bertasbih di dalamnya akan tenteram suasananya.

 

Tuliskan nama anda dan pasangan di hadapan rumah. Rasionalnya, kita akan dipanggil oleh Allah di akhirat kelak dengan nama kita. Justeru, pampangkan nama kita supaya orang tahu dan lebih mesra dengan kita.

 

Bunga di dalam pasu hendaklah ada keserasian dengan warna langsir. Serasi itu selaras dengan kesejahteraan minda. Minda suka kepada keserasian sama ada secara harmoni atau keserasian kontras. Minda yang tidak ditentang kesejahteraannnya akan lebih kreatif .

 

Ruang ini ada elemen keseimbangan hidup. Bunga sepasang itu dibeli dari Ipoh. Bunga di kiri dan kanan melambangkan malaikat yang sentiasa berada di kiri dan kanan kita iaitu Raqib dan Atid. Susunan 4 bantal itu dibeli dari Nilai, Seremban. Susunan 4 bantal di bawah itu mewakili 4 unsur kejadian manusia iaitu api, tanah, air dan angin. Hiasan gitar itu dibeli dari Lumut. Hiasan gitar itu melambangkan dunia ini pasti ada hiburan. Di atasnya tertulis Allah dan Muhammad yang  melambangkan kita berhibur hanya dengan elemen yang dibenarkan oleh Khaliq (Allah).


Dua arch itu melambangkan dua jiwa yang bersatu dalam ikatan pernikahan dan dua jiwa yang teguh demi mencari keredhaan Allah. Di tengahnya di gantungkan gambar. Gambar itu menjadi satu Rabitah (istilah Tasawuf) yang meningkatkan motivasi setiap insan yang berada dalam rumah.

Lampu tiga serangkai ini diperoleh dari Seremban. 3 itu melambangkan 3 warna yang penting dalam kehidupan. Merah berhenti, hijau berjalan, kuning bersedia. Dalam kehidupan, kita ada undang-undang. Semua ada cara. Jangan langgar sahaja. Panduan kita ialah Al-Quran al-Sunnah. 



Meja Jepun. Meja ini sesuai untuk 6 insan duduk. Sesuai untuk duduk-duduk khususnya apabila tetamu yang bertandang ialah golongan Hawa. Meja ini berwarna hitam . Hitam itu menawan. Dunia ini pun, walau pelbagai warna, bayangnya tetap satu warna iaitu, Hitam. Batu yang dikucup di sudut Kaabah juga dinamakan hajar al-aswad. Batu Hitam.




Set kerusi jati. Jati ialah sejenis kayu. Ia tahan. Di antara wali-wali Songo (sembilan) juga ada yang bergelar Sunan Gunung Jati. Kayu Jati amat tahan. Ketahanan itu penting. Tanpa ketahanan jiwa, manusia mudah  rebah apabila dibadai dengan cubaan. Jati diri amat penting untuk menimbulkan kesan patriotik kepada watan. Sayangi keturunan, bangsa, agama demi Allah. Allahu Akbar wa Lilahil hamd.



Meja komputer dan set komputer. Memang penting. Kami mula memiliki komputer sendiri pada 1999 . Kemudian Dasar PPSMI membawa kami ke alam dunia tanpa sempadan. Istilah Long Life Learning diwar-warkan. Sebenarnya ia diambil dari hadis nabi dan firman Allah. Qaala Rasul Allah (saw) ..Itlabul ilm minal mahdi ilal lahdi.

 

Cermin berbentuk diamond. Cermin dibeli dari TESCO. Tampal di dinding dengan pelekat. Sesuai untuk elebarkan kawasan dapur/ ruang makan. Ia memantulkan cahaya. Pantulan itu juga reflek.Dalam pendidikan ada sitilah reflek. Mereflek ialah menilai keberkesanan sesuatu P&P. Gelung kajian tindakan itu akan berulang.




Antara r uang tengah dan hadapan ada tingkap bar. Memudahkan urusan penghantaran air minuman kepada tetamu. Tetamu mesti dihormati. Kehadirannya dengan izin Allah dan membawa rezeqi kepada si rumah.

Bersambung di lain kesempatan.







Tiada ulasan: