Khamis, 5 November 2009

Hukum Menyentuh al-Quran tanpa Wudhu'

Hukum Menyentuh al-Quran Tanpa Wudhu’
Oleh:Ibnu Jaffar

Diterima dari Abdullah bin Umar ra:
لا يمس القران الا طاهر
Bermaksud : “Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci”

Kata-kata suci itu merupakan kata-kata musytarak (mempunyai beberapa makna) . Boleh diguna untuk hadas besar atau hadas kecil. Boleh digunakan untuk orang mukmin dan kepada orang yang badannya tidak ada najis.

Hadis tersebut tidak merupakan keterangan tegas untuk melarang orang-orang berhadas kecil menyentuh Mushaf al-Quran.
Ibnu Abbas, Sya’bi, Dhahhak, Zaid bin Ali, Muaiyid Billah, Daud, Ibnu Hazmin dan Hamad bin Ali Sulaiman bersama-sama berpendapat bahawa orang-orang yang berhadas kecil boleh menyentuh Mushaf.

Sumber: Fikih Sunnah , Sayid Sabiq di bawah tajuk “ Hal-hal yang Wajib dilakukan dengan berwudhu’.

Tiada ulasan: