Isnin, 31 Ogos 2009

Kematian Teoh Beng Hock

Teoh Beng Hock , seorang rakyat malaysia yang ditemui mati setelah disoal siasat oleh pihak Pencegah Rasuah. Pelbagai pendapat diutarakan. Pelbagai maklumat diketengahkan. Ini mengundang pelbagai spekulasi dan sensasi.

Kematian yang penuh misteri itu sedang dibicarakan di mahkamah keadilan. Kita tunggu dan lihat. Kematian itu perlu dibicarakan secara adil. Sesiapa sahaja yang mati dengan cara demikian perlu diteliti dan dicari sebabnya.

Malangnya, rakyat Malaysia yang beku mindanya sering menyalahkan satu pihak sahaja. Kita tidak boleh menghukum sebelum hakim membuat keputusan. Kita perlu aku kepada undang-undang. Kita mesti faham tentang keluhuran perlembagaan. Moga Kes Ini akan segera selesai dan kita menarik nafas lega.

Tiada ulasan: